Monday, June 4, 2012

Menang bukan kerana popular

ZIZAN (kiri) dan Johan jadi pilihan penonton Super Spontan.
ZIZAN (kiri) dan Johan jadi pilihan penonton Super Spontan.
SEJAK awal program Super Spontan disiarkan, ramai yang menjangka Johan dan Zizan akan mendominasi pertandingan itu.

Pada saingan akhir, nampaknya kemenangan berpihak kepada jejaka dari Terengganu itu apabila dia menewaskan rakan seperjuangannya dalam Jozan dengan 3.3 markah, membolehkan Zizan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan Toyota Camry 2.0G.
"Kemenangan ini ialah kejayaan saya bersama Johan. Ia juga bukan kemenangan kerana populariti, seperti dianggap orang ramai. Sebelum ini, kumpulan saya (Angsa Ganas) juga beberapa kali pernah kalah dan kumpulan Beruang Comel yang dianggotai Johan berapa kali menang. Ia bergantung kepada kecekapan dan kreativiti semua ahli kumpulan.
"Selain Johan, semua selebriti yang menyertai program ini ialah saingan kuat saya. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri, cuma rezeki saja yang berpihak kepada saya untuk pertandingan akhir ini," katanya.

Bagaimanapun, sebagai naib juara, Johan tidak pulang tangan kosong, sebaliknya meraih RM50,000. Dia berada di hadapan Tauke yang mendapat tempat ketiga dengan hadiah RM25,000.

Manakala Rahim R2, Ropie dan Suhaimi menerima sagu hati RM5,000.

Kata Johan, meskipun ramai penyokongnya ingin melihat dia menjuarai program itu, namun dia terpaksa akur dengan ketentuan rezeki.
"Dari awal saya tidak pernah mengharapkan untuk menjuarai program ini. Selepas masuk peringkat akhir, saya yakin akan menang tempat keenam hingga kedua saja," katanya.

Sementara itu, Ketua Saluran Astro Warna, Bob Azrai berkata, sejak awal lagi dia menjangkakan program itu akan mampu pergi lebih jauh.

"Memang ia sangat berbeza dengan program komedi lain. Saya yakin ia mampu membuka mata penerbit untuk mempelbagaikan lagi genre komedi hari ini. Super Spontan juga akan diteruskan untuk musim kedua," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: