BERBICARA tentang fesyen, sebenarnya ia merupakan perkara yang sangat subjektif. Fesyen merupakan sesuatu yang tidak dapat diseragamkan kepada satu jenis sahaja. Fesyen itu sendiri terdiri daripada warna, jenis fabrik dan rupa bentuk pakaian yang dipengaruhi oleh peristiwa serta peredaran zaman.
Fesyen juga boleh dianggap sebagai lambang personaliti seseorang itu. Jika ingin bercakap tentang jenis fesyen pula, ia tidak terhad dan sangat luas serta seluruh dunia punya idea fesyen yang tersendiri.
Golongan selebriti merupakan antara kumpulan yang sering menjadi perhatian oleh masyarakat dalam menggayakan fesyen. Ini kerana, mereka merupakan antara orang yang boleh dikatakan berpengaruh dan sering menjadi ikon bagi masyarakat di luar sana.
Berikut beberapa artis Malaysia dan Indonesia yang sering mendapat perhatian kerana fesyen mereka.
Didie Alias
Jika di Amerika Syarikat, mereka ada Lagy Gaga, di Malaysia juga punya seorang artis wanita yang digelar Lady Gaga Malaysia iaitu Didie Alias. Sejak beberapa tahun tahun lalu, Didie dilihat semakin menonjol dengan fesyen esentrik yang hampir serupa dengan Lady Gaga.
Namun, pada awal penampilannya pada tahun 1988, pemilik nama sebenar Fadzilah Mohd Ali ini hanya muncul dengan fesyen seperti biasa. Namun, keberaniannya berfesyen pelik menyebabkan dirinya dikritik hebat.
Didie mengakui tidak pernah mengambil peduli tanggapan segelintir masyarakat terhadap imej dan penampilannya. Dia juga menjelaskan, fesyen yang dilihat ini adalah dari dirinya sendiri dan bukan ikut-ikutan.
Selain itu, Didie pernah memberi kenyataan bahawa dia mahu menjadi ikon fesyen. Baginya tidak salah jika ingin bergaya bagi memberi pembaharuan kepada industri hiburan tanah air.
Amy Search
Vokalis grup legenda, Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Rahman memang dikenali sebagai artis lelaki yang dilabelkan sebagai ikon fesyen. Dari dahulu sehingga kini, Amy tidak pernah ketinggalan jika dilihat dari segi berfesyen.
Mengikut peredaran zaman, sebagai grup yang membawa genre rock, cara fesyen Amy memang sentiasa selari dengan umur dan cara berfesyen ketika itu.
Memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada zaman 1980-an, berambut panjang dan berseluar kulit ketat merupakan fesyen yang menjadi ikutan ketika itu. Tutur Amy, artis perlu berfesyen kerana ia selari dengan profesion mereka.
“Perlu berfesyen dan tidak boleh selekeh. Fesyen itu dapat membawa diri mereka sebagai artis yang dikenali. Dan untuk saya, saya gemarkan fesyen yang funky,” jelas Amy mengenai fesyen.
|
|
Giring (Nidji)
Bagi penyanyi Indonesia, Giring yang juga merupakan vokalis kumpulan Nidji, berfesyen merupakan perkara yang sangat menjadi perhatiannya.
Bagi penyanyi yang bernama lengkap Giring Ganesha ini, dia akan memerhati penampilan fesyen dirinya dari hujang kepala ke hujung kaki untuk memastikan ia sempurna dan selesa.
Oleh kerana fesyennya yang sering menjadi perhatian para remaja, Giring pernah dilantik menjadi ikon butik pakaian jenama Motion. Gemar berfesyen, bagi pemuda berusia 29 tahun ini, dia bijak mengenakan fesyen.
Selain itu juga, Giring merupakan seorang lelaki yang sememangnya mengikuti peredaran fesyen. Dan sebagai seorang selebriti, Giring merupakan orang yang berani bereksperimental dengan fesyen terkini yang dirasakan sesuai digayakan olehnya.
Mulan Jameela
Demi tampil berbeza, penyanyi yang berasal dari Jawa Barat ini sering mereka sendiri kostumnya ketika ingin ke sebarang acara mahupun persembahan. Mulan Jameela, mungkin seorang lagi artis yang gemar meniru fesyen esentrik artis dari Barat.
Dia juga pernah mengaku kerap meniru gaya berfesyen Lagy Gaga. Tambahnya, selain itu juga, ada antara artis yang menjadi rujukan fesyen bagi diri ialah Katy Perry, Ashlee Simpson dan lain-lain.
|
|
Mulan yang gemarkan fesyen yang menampilkan dirinya lain dari yang lain itu mengaku tidak pernah kehabisan idea dalam merancang fesyen yang ingin dipakainya kelak. Wanita ini juga dilihat gemar untuk menukar warna rambutnya. Ujar Mulan, walaupun fesyen yang dipakainya kadang kala membuat orang yang melihat jelik, namun dia tetap selesa dan sentiasa yakin yag fesyen tersebut sesuai dengan empunya diri.
Alyah
Seorang lagi penyanyi wanita yang bersuara lunak, Nor Hasliah Abu Hassan atau nama pentasnya, Alyah juga seorang yang gemar bereksperimental dengan fesyen. Jika pada mulanya, wanita ini dilihat ingin meniru gaya fesyen Lady Gaga.
Akui wanita kelahiran Johor ini, jika di awal penampilannya dahulu dia memang seorang yang berpakaian asal boleh. Namun, kini telah menjadi rutin hariannya untuk memastikan fesyen yang dikenakan tampak menarik.
Selain itu, rambutnya yang dahulu panjang telah dipotong pendek yang lagi membuatkan diri kelihatan ranggi tapi kemas. Katanya, antara sumber inspirasi bagi diri untuk mempelajari fesyen ialah melalui majalah-majalah fesyen dan menjadikan program America’s Next Top Model sebagai panduan untuk bergaya dan beraksi depan kamera.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: