Wednesday, April 18, 2012

Produk mesra alam jana laba LG Electronics

MODEL mencuba produk terbaru keluaran LG Electronics di Kota Kinabalu, semalam.
MODEL mencuba produk terbaru keluaran LG Electronics di Kota Kinabalu, semalam.
LG Electronics Malaysia Sdn Bhd menyasarkan peningkatan keuntungan 15 peratus tahun ini berbanding RM200 juta tahun lalu, menerusi pengenalan pelbagai produk baru yang mesra alam, menjimatkan tenaga, mesra pengguna dan berkualiti.

Pengarah Urusannya, HK Kwon, berkata pihaknya yakin jumlah itu dapat dicapai berdasarkan kelebihan ditampilkan produk baru syarikat merangkumi kategori televisyen, mesin basuh, peti sejuk, ketuhar gelombang dan pembersih vakum.
“Kami yakin dapat mencapai angka disasarkan berikutan pengenalan pelbagai produk baru bagi kepuasan pelanggan,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran set TV Cinema 3D LG dan Smart TV 2012 di Kota Kinabalu, semalam.
Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran LG Electronics Malaysia, Joanne Foo.

Antara model televisyen dilancarkan LG semalam adalah LM9600, LM7600, LM6700 dan LM6400 bagi kategori skrin pawagam 3D, manakala bagi kategori pawagam 3D dan Smart TV model dilancarkan LM9500, LM6200 dan LS5700.

Selain kualiti imej 3D yang lebih baik kerana ia tidak mempunyai kerangka besar seperti televisyen lain, keistimewaan tambahan ditampilkan ialah pengguna boleh melayari Internet atau membuat panggilan video menerusinya.

Penyediaan alat kawalan jauh 3D CINEMA Smart TV, yang dikenali The Magic Remote turut membantu memaksimumkan kemudahan pengguna dengan satu set fungsi tambahan iaitu Voice Recognition, Wheel, Magic Gesture dan Pointing.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: