Rang Undang-Undang RELA 2012 dibentang untuk penambahbaikan
Hishammuddin berkata, akta baru itu juga menggariskan peranan dan tugas khusus RELA yang tidak lagi tertumpu kepada operasi membabitkan pendatang tanpa izin tetapi diperkasa kepada usaha mengurangkan jenayah di bawah NKRA, rondaan 1Malaysia, rondaan bersama polis dan terbabit dengan operasi aman oleh agensi kerajaan.
Rang undang-undang itu turut menetapkan had minimum umur menyertai RELA dinaikkan daripada 16 tahun kepada 18 tahun, selain anggota perlu memperbaharui keahlian setiap lima tahun sebagai langkah mengenal pasti ahli aktif.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata cadangan kepada akta baru itu akan dijadikan sebagai standard pelaksanaan operasi dalam tugasan harian seperti rondaan kawasan selain membendung salah laku dan kuasa oleh anggota RELA.
Katanya, penggubalan akta itu bukan saja bagi memastikan badan itu terus relevan dengan tuntutan semasa malah sejajar dengan aspirasi rakyat yang mahu penambahbaikan dalam badan sukarelawan itu.
Rang undang-undang RELA 2012 dijangka dibentangkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop bagi menggantikan Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat 1964 Pindaan 2005 yang akan berhenti berkuat kuasa pada 21 Jun 2012 selepas penarikan balik Proklamasi Darurat 1969.
Hishammuddin berkata, RELA adalah aset yang tidak boleh dipandang remeh dan akan mempunyai skop tugas baru merangkumi usaha mengurangkan jenayah di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara).
“Dengan pemansuhan Ordinan Darurat, kita melihat RELA berperanan strategik dan penting (termasuk pemupukan perpaduan kaum),” katanya di Parlimen, semalam.
Hishammuddin berkata, akta baru itu juga menggariskan peranan dan tugas khusus RELA yang tidak lagi tertumpu kepada operasi membabitkan pendatang tanpa izin tetapi diperkasa kepada usaha mengurangkan jenayah di bawah NKRA, rondaan 1Malaysia, rondaan bersama polis dan terbabit dengan operasi aman oleh agensi kerajaan.
Anggota RELA juga akan ditempatkan untuk mengawal keselamatan di sasaran penting kerajaan seperti stesen jana kuasa, pusat telekomunikasi, lapangan terbang kecil di Sabah dan Sarawak, selain menjaga keselamatan di 14 depoh tahanan sementara pendatang tanpa izin.
Katanya, penggubalan akta itu juga akan menetapkan keperluan latihan kepada anggota RELA dan mengutamakan aspek kebajikan pihak terbabit.
“Latihan ini juga untuk pastikan anggota RELA tak dieksploitasi dan lari daripada agenda nasional kerajaan,” katanya.
Menerusi peruntukan akta itu juga, Ketua Pengarah RELA boleh mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan RELA atas keperluan penugasan, memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri melantik ahli kehormat dan bersekutu RELA, keperluan membayar elaun anggota, pemberian uniform dan kuasa mengubah haluan motor.
INFO: Rang Undang-Undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012
- membantu pasukan atau pihak berkuasa keselamatan apabila diminta.
- memberi bantuan mengawal dan mengubah haluan kenderaan bermotor.
- mengambil bahagian dalam khidmat masyarakat.
- membantu melindungi bangunan atau harta lain milik Kerajaan Persekutuan, - menjalankan perintah dan arahan dikeluarkan Ketua Pengarah selaras peruntukan Akta ini.
- berumur 18 tahun dan ke atas
- warganegara
- bukan anggota angkatan tentera/pasukan/skim sukarelawan
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: