Idea dari penjara

Ternyata bintang rap Hollywood, Lil Wayne tidak mensia-siakan masa yang ada ketika terkurung di penjara sebelum ini.

Penyanyi itu dikatakan bakal mengumumkan pelancaran album terbarunya yang bertajuk, The Devol.

Mengulas mengenai album terbarunya, ikon rap itu menggubah kesemua lagu yang ada di dalam album tersebut semasa dia masih dipenjarakan kerana terlibat dengan kegiatan dadah.

“Devol adalah lagu-lagu yang mengisahkan tentang kisah percintaan namun ianya dalam versi rap,” katanya.

Bagaimanapun, penyanyi ini masih belum mengumumkan tarikh pelancaran album itu dengan alasan masih dalam pembikinan.