Monday, April 9, 2012

Gel rambut pengekal gaya


GEL sering menjadi pilihan jejaka untuk menggaya rambut.


GAYA rambut lelaki sentiasa berubah mengikut trend. Ia sama seperti kasut dan pakaian yang anda pakai, cara anda menggayakan rambut juga memainkan peranan penting dalam mentafsirkan cita rasa fesyen dan personaliti anda.

Terdapat banyak produk penggayaan rambut dicipta untuk lelaki yang mementingkan penampilan kemas dan bergaya. Kali ini, kita akan tekankan pada pemakaian gel rambut.

Gel merupakan produk penggaya rambut paling efisien dalam mengekalkan bentuk rambut yang dicipta. Bahan-bahan yang digunakan berkesan untuk rambut yang belum pernah diwarnakan atau menjalani rawatan khusus. Dalam erti kata lain, ia sempurna buat rambut asli.

Lelaki berambut kerinting, beralun dan rambut normal merupakan golongan yang paling sesuai menggunakan gel. Produk tersebut boleh digunakan membentuk teknik penggayaan rambut yang keras (freezing) dan renyuk (scrunching).

Pemilihan gel yang berkualiti akan melembapkan tekstur rambut dan merapikan rambut anda untuk tempoh beberapa hari.

Elakkan gel dan produk rambut lain yang mengandungi alkohol kerana ia akan mengeringkan rambut sekali gus merosakkan rambut anda.

Cara penggunaan

Colek gel dengan amaun sebesar duit syiling dua puluh sen dan sekatakan menggunakan kedua-dua belah tangan. Sapukan gel pada rambut secara menyeluruh, pastikan setiap kawasan rambut menerima gel.

Selepas gel diratakan pada rambut, bentuk gaya yang anda inginkan bersesuaian dengan jenis rambut anda. Jika anda mahu rambut itu tahan lebih lama dan kelihatan lebih berkilat, gunakan pengering rambut selepas rambut siap digayakan.

Keistimewaan gel

Tidak seperti produk rambut yang lain, gel berkeupayaan mengekalkan bentuk gaya rambut selama beberapa jam. Selain itu, ia juga mampu mengelakkan gaya rambut rosak akibat angin kuat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: