Saturday, January 22, 2011

Segalanya tentang kuda


ANTARA aksi yang dapat dilihat ketika menunggang Flying Phoenix iaitu kuda simulasi yang dibawa khas dari Australia.


DERAP ladam kuda kedengaran keras menghentak-hentak simen. Sesekali bunyi dengus haiwan itu menyebabkan beberapa kanak-kanak yang mengerumuni kandang kuda mengilai kegembiraan.

Gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang cuba mengusik kuda betina di kandang itu pantas dilarang penjaganya dengan mengangkat jari telunjuknya yang digerakkan berkali-kali ke kiri kanan.

Sambil melemparkan senyuman mesra, penjaga muda berusia awal 20-an itu mengambil tangan kanak-kanak tadi lalu disuakan ke leher kuda itu sambil diusap-usap.

Sesekali, kertup-kertip bunyi ladam dan besi penukul berlaga kedengaran tidak jauh dari situ menandakan pertunjukan membaiki dan memasang ladam telah bermula.

Cuaca mendung sejak tengah hari nyata tidak meresahkan orang ramai yang sejak awal pagi lagi membanjiri ke Pusat Ekuestrian Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang (PNTC) terutama yang datang bersama keluarga.

Bagi PNTC, Pertunjukan Kuda dan Ekuestrian Tahun 2010 (PNTC Ekuestrian) merupakan masa terbaik untuk mendekatkan orang ramai khususnya rakyat Pulau Pinang dengan aktiviti ekuestrian dan sukan berkuda lain.

Seperti tahun-tahun terdahulu, karnival bertempat di PNTC di Jalan Batu Gantong sememangnya dinanti-nantikan pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dewasa atau kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: