Wednesday, January 12, 2011

Saya akur dengan keputusan: Azmeer




Kemenangan Ana Rafali menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku pada Anugerah Juara Lagu ke-25 terus menjadi bualan hangat. Bukan sahaja di ‘boo’ peminat saat di umum sebagai juara, tetapi turut berlanjutan hingga wujudnya ‘fanpage’ di internet bagi mereka yang tidak puas hati. Lebih panas apabila salah seorang daripada juri AJL ke-25 Azmeer menerusi sebuah portal berita dikatakan turut tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Bagaimanapun ketika dihubungi Sinar Harian, Azmeer berkata ia laporan itu sedikit bercanggah daripada apa yang dimaksudkan.

“Saya hanya beri komen secara am. Lagu itu menang hanya kerana mendapat markah tinggi daripada pihak juri.

“Tetapi ia bukan keputusan sebulat suara pihak juri seperti yang dikatakan sebelum ini. Memegang etika sebagai juri juga saya juga tidak boleh memberitahu juri mana yang sama tidak bersetuju.

“Cukup sekadar saya katakan, sebagai juri saya akur dengan keputusan yang telah diberikan. Itu sahaja,” katanya yang berharap isu itu tidak diperbesarkan lagi

Sementara itu juri yang terlibat Habsah Hassan berkata, keputusan penjurian tidak harus menjadi pertikaian.

“Sebagai juri, kami tidak dibenarkan bercakap kerana ia tugas ketua juri. Apa sahaja keputusan ia adalah berdasarkan kepada perbincangan dan pemarkahan yang diberikan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tiga lagi juri iaitu Acis, Amy dan Pacai tidak mahu memberi sebarang komen.

1 comment:

  1. Azmeer tidak seharusnya membuat kenyataan yg keputusan bukan sebulat suara. Etika juri menuntut azmeer membela m . Nasir selaku ketua juri dan juga keputusan.... bukan mencuci tangan.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: