Sunday, January 23, 2011

Pesawat masa depan

LEBIH BERSIH... semua rekaan, termasuk daripada Lockheed Marin ini, disyaratkan supaya lebih mesra alam.
LEBIH BERSIH... semua rekaan, termasuk daripada Lockheed Marin ini, disyaratkan supaya lebih mesra alam.

GAMBARNYA kelihatan menakjubkan, seperti pesawat yang digunakan dalam filem sains fiksyen. Tetapi, satu daripadanya mungkin menjadi wajah dalam penerbangan moden selari dengan kemunculan pesawat penumpang generasi baru.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (Nasa) baru-baru ini menunjukkan tiga reka bentuk konsep untuk pesawat yang senyap dan jimat tenaga. Ia mungkin boleh disiapkan untuk terbang seawal-awalnya pada 2025.

  • Foto

    ICON A5... pesawat ini, jika menjadi kenyataan, boleh berlepas dan mendarat di atas permukaan air atau tanah. Apabila sayapnya selebar 9.8 meter dilipat, ia boleh ditempatkan dalam sebuah garaj besar dengan selesa. Pesawat ini dianggar berharga RM428,000.

  • Foto

    PIRING TERBANG...jentera terbang futuristik ini bukan saja bercirikan era angkasa lepas, tetapi juga mesra alam.

  • Foto

    NASA SOLAR FLAPPER... pesawat ini, jika menjadi realiti akan menggunakan tenaga solar dan pergerakan sayapnya untuk terbang.

Tiga syarikat, Lockheed Martin, Northrop Grumman dan syarikat Boeing menghasilkan rekaan itu dan pada hujung tahun lalu ketiga-tiganya memenangi kontrak Nasa untuk melakukan penyelidikan, membina dan menguji rekaan masing-masing sepanjang tahun ini.

Ini membuktikan idea futuristik itu berkemungkinan besar akan dilaksanakan.Rekaan itu dihasilkan selepas Nasa mengumumkan hasrat untuk membangunkan beberapa ‘pesawat super’ yang lebih laju, besar dan senyap serta tidak banyak menggunakan tenaga di samping lebih bersih berbanding pesawat yang ada sekarang.


Kriteria yang ditetapkan oleh Nasa bermakna setiap rekaan perlu terbang selaju 85 peratus daripada kelajuan bunyi, meliputi jarak kira-kira 11,200 kilometer sejam dan membawa bebanan seberat antara 22,700 kilogram hingga 45,000 kilogram, sama ada kargo atau penumpang.

Ketiga-tiga syarikat itu akan menghabiskan masa sepanjang tahun ini untuk mengkaji, menguji dan mensimulasi rekaan mereka dengan harapan akan dipilih oleh Nasa untuk dibangunkan seterusnya.

Namun, bagaimana rekaan ini akan dibangunkan, masih menjadi perbahasan.

KONSEP SYARIKAT PENERBANGAN JEPUN.... pesawat ini adalah konsep yang direka untuk Syarikat Penerbangan Jepun oleh pereka industri, Luigi Colani.

ICON A5... pesawat ini, jika menjadi kenyataan, boleh boleh berlepas dan mendarat di atas permukaan air atau tanah. Apabila sayapnya selebar 9.8 meter dilipat, ia boleh ditempatkan dalam sebuah garaj besar dengan selesa. Pesawat ini dianggar berharga RM428,000.

PIRING TERBANG... jentera terbang futuristik ini bukan saja bercirikan era angkasa lepas, tetapi juga mesra alam.

AEROSCRAFT ML866... pesawat ini dengan keluasan dalaman hingga 1,524 meter persegi digelar ‘kapal layar terbang’. Ia berupaya mencapai kelajuan 120 knot berlepas dan mendarat secara menegak.

PESAWAT PERIBADI PUFFIN...Rekaan pesawat peribadi ini disasar untuk mencapai kelajuan sehingga 240 kilometer sejam dengan jarak kira-kira 80 kilometer. ‘Puffin’ boleh menggunakan tenaga elektrik dan tidak mengeluarkan bunyi bising serta boleh berlepas dan mendarat secara menegak.

PESAWAT KONSEP MIT... sepasukan jurutera Institut Teknologi Massachusetts diberikan kontrak berjumlah AS$2 juta (RM6.1 juta) oleh Nasa untuk mereka sebuah pesawat lebih senyap dan lebih berkesan yang mungkin boleh digunakan secepat-cepatnya pada 2030.

NASA SOLAR FLAPPER... pesawat ini, jika menjadi realiti akan menggunakan tenaga solar dan pergerakan sayapnya untuk terbang.

SAX-40...Pesawat ini ialah projek bersama antara jurutera Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Cambridge
di England. Pesawat dengan 215 tempat duduk ini hanya mengeluarkan bunyi sekuat 63 desibel ketika berlepas, berbanding 150 desibel oleh pesawat biasa.

1 comment:

  1. wah mantap sekali...izin copy ya...salam kenal dan sukses selalu

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: