KUALA LUMPUR - Penduduk Desa Satu Apartmen, Desa Aman Puri di Kepong hidup dalam keresahan sejak pertengahan tahun lalu ekoran gelagat hampir 500 'awang hitam' atau lelaki warga negara Afrika yang turut mendiami pangsapuri itu.
Tinjauan Kosmo! di kawasan itu semalam mendapati beberapa warga Afrika berkeliaran sehingga menimbulkan rasa kurang selesa penduduk.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Norazam, 28, berkata, warga Afrika itu kerap berkumpul di kawasan perumahan berkenaan mulai petang hingga lewat malam sambil berbual dengan kuat.
"Penduduk mengadu terganggu dengan suara bising dan bilangan mereka pula semakin bertambah menyebabkan penduduk rasa takut," katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, pada tahun lalu, pernah berlaku pergaduhan antara penduduk dan warga Afrika terbabit kerana mengganggu wanita di situ.
Hafizah, 38, pula berkata, kehadiran 'Awang Hitam' yang ramai di situ menjadi tanda tanya penduduk tentang status mereka.
"Daripada pemerhatian kami, mereka sentiasa berada di rumah atau kawasan sekitar, kami pun tidak tahu status mereka, pelajar atau bekerja.
"Selain itu, kami nampak mereka juga ada kereta mewah. Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: