Sunday, January 23, 2011

Anak anggota polis tidak tahu bapa koma


KETUA Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar melihat keadaan Shukri yang koma selepas terlibat dalam kemalangan di PPUM di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - "Saya terpaksa beritahu anak saya bahawa ayahnya keluar bekerja untuk mencari rezeki."

Demikian menurut Hazina Hamid Sultan (gambar), 29, isteri kepada seorang pegawai polis, Inspektor Shukri Hat, 30, yang koma selepas terbabit dalam kemalangan ketika cuba mengejar pengedar dadah minggu lalu.

Katanya, dia terpaksa merahsiakan keadaan suaminya daripada anak sulung, Luqman Nul Hakim, 3, yang sering bertanya mengapa ayahnya tidak pulang ke rumah.

"Saya pernah beritahu ayah kemalangan tetapi dia masih kecil dan tidak faham semua itu," katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini semalam.

Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi anak yang berusia 10 bulan.

Hazina berkata, suaminya sudah menunjukkan perubahan positif meskipun masih belum sedar daripada koma.

Kosmo! pada 18 Januari lalu melaporkan Shukri cedera di kepala apabila motosikalnya merempuh sebatang tiang lampu ketika hendak mengejar dua suspek kes dadah di Jalan Tun Sambanthan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: