Monday, January 24, 2011

Peminat bikin kejutan



Jika sudah bergelar selebriti pastinya mempunyai golongan peminat sendiri. Tidak terkecuali figura bernama Adira yang dilahirkan melalui program Akademi Fantasia musim kelapan ini.

Presiden Adira Frenz, Mohd Aidil berkata, majlis seumpama ini diadakan khas sebagai tanda sokongan padu kelab peminat Adira yang menggelarkan diri mereka 'Adira Frenz' kepada bintang kelahiran Sabah itu.

Majlis di mulakan dengan ucapan perasmian daripada Adira dan diteruskan dengan upacara perasmian majlis. Sebagai simbolik perasmian, Adira membuka bakul yang berisi ‘dry ice’ yang di dalamnya terdapat VCD perasmian Adira Frenz dan Adira Frenz Facebook Fanpage (Kelab Peminat Adira).

Kemudian pelbagai aktiviti diadakan antaranya kejutan pulut kuning buat Adira sebagai tanda kesyukuran apabila melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu baru-baru ini.

“Ketika disuapkan pulut kuning oleh kakaknya, keadaan menjadi hiba apabila Adira menitiskan air mata. Namun ia sedikit pun tidak mencacatkan majlis sebaliknya majlis selepas itu kembali ceria,” katanya Aidil kepada Sinar Harian.

Acara diteruskan dengan persembahan pembukaan dari Keroz Nazri (Keynote) diiringi petikan gitar oleh Nazrin (Keynote). Dengan menyampaikan dua buah lagu ciptaan Keroz sendiri iaitu Pencuri Hati dan Suatu Hari Nanti, Keroz mendapat tepukan gemuruh tetamu yang hadir.

Selepas persembahan Keroz, Adira mengambil tempat membuat persembahan dengan menyampaikan 3 buah lagu (Bertamu di kalbu, Biarlah, Teruskan) yang d nyanyikan secara medley dengan mendapat tepukan gemuruh daripada tetamu yang terpegun dengan kemantapan vokal beliau.

Tambah Aidil lagi, Adira Frenz merancang untuk membuat lebih banyak aktiviti bersama Adira dan masih dalam tempoh perbincangan bersama. Malah Aidil berkata, mereka akan sentiasa menyokong karier Adira sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: