Monday, January 3, 2011

Mini karnival Mizi


Selebriti tempatan turut memeriahkan majlis pembukaan Mizi Sports Centre di Taman Prima Sri Gombak, Selangor.


INILAH masanya untuk mengaktifkan diri anda! Butik sukan Mizi Sports Centre sudah mula menjengah pasaran dengan menyediakan pelbagai keperluan peralatan sukan yang asli dan terkini. Terbaru, sebuah mini karnival diadakan sempena pelancaran cawangan syarikat itu di Taman Prima Sri Gombak, Selangor dan serentak dengan itu, cawangan di Senawang, Negeri Sembilan turut dibuka pada hari yang sama.

Sebelum itu, cawangan pertama Mizi Sports Centre terlebih dahulu dibuka di 9 Avenue, Taman Korporat, Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan (berhadapan Giant Nilai) pada Julai lalu.

Mizi Sports Centre menawarkan rangkaian jenama sukan utama dan antarabangsa seperti, Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto, Line 7 dan Kappa pada harga yang amat berpatutan.

Kelengkapan menyeluruh yang merangkumi semua jenis sukan turut dijual seperti pakaian kasual, peralatan sukan dan aksesori seperti baju T, kasut, beg, bola, seluar dan stoking selain kelengkapan untuk lelaki dan wanita.


AZMI Mat Nayan (dua dari kanan) memotong kek bersama pemain bola sepak dan artis sebagai simbolik pelancaran Mizi Sports Centre.


Di samping itu, Mizi Sports Centre juga menyediakan produk terkini dan berteknologi tinggi untuk barangan sukan khusus, bola sepak, futsal, olahraga, tenis, badminton dan lain-lain.

Lebih menarik, Mizi Sports Center juga menawarkan urusan pembelian produk dan pakaian sukan kepada syarikat-syarikat korporat dan ejen persendirian dengan tawaran harga istimewa.

Dalam masa yang sama, butik sukan itu turut menawarkan peluang pekerjaan. Bagi yang berminat, mereka boleh terus berurusan dengan Mizi Sports Centre untuk keterangan lebih lanjut.

Pengarah urusan Mizi Sports Centre, Mohd. Azmi Mat Nayan ketika ditemui baru-baru ini berkata, setakat ini sebanyak lima cawangan butik itu mula beroperasi termasuk di Selayang Mall dan Ipoh.


PEMAIN bola sepak negara, Aidil Zafuan (kanan) dan Zaquan Adha (kiri) mendengar penerangan daripada Pengarah Mizi Sports Centre, Azmi Mat Nayan.


“Dalam masa enam bulan, sudah terdapat lima cawangan dan pada tahun depan, saya menysasarkan 15 cawangan yang dibangunkan sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri.

“Saya juga bercadang untuk meluaskan empayar Mizi Sports Centre ke beberapa buah negara luar seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Namun begitu, buat masa ini, kami perlu memantapkan kemajuan perniagaan dalam negara kerana kami masih baru,” katanya.

Sambutan dan minat pengguna terhadap produk sukan yang berjenama meningkatkan inisiatif Mizi Sports Centre untuk memperluaskan rangkaian cawangan bagi memenuhi kehendak semua lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: