|
|
MENJENGAH kalendar tahun baru 2011, label terkemuka Calvin Klein (CK) mengumumkan koleksi pakaian terbarunya. Koleksi musim panas itu rata-ratanya dihasilkan dengan menggunakan kombinasi potongan dan palet warna santai sesuai untuk mereka yang inginkan konsep minimalis dalam bergaya.
Dalam menzahirkan koleksi tahun baru itu, jenama yang diasaskan oleh anak kelahiran Bronx, New York, Amerika Syarikat (AS), Calvin Richard Klein, kelihatan cenderung menampilkan busana berasaskan warna hitam dan putih.
Ia berbeza dengan himpunan pakaian CK pada tahun lepas yang banyak bermain dengan palet rona terang dan ceria. Barangkali, kumpulan pereka CK ingin melihat penggemar setia jenama itu bergaya lebih santai dan ringkas tetapi masih mengekalkan elemen sofistikated dan anggun.
|
|
Menariknya, koleksi terbaru CK itu direka untuk golongan wanita dan jejaka untuk dipakai tanpa ragu-ragu sewaktu bersantai mahupun menghadiri parti yang bertemakan kasual segak atau semi formal.
Tawaran fesyen pakaian musim panas itu mencakupi pelbagai saiz untuk digunakan pada musim panas. Dari segi fabrik pula ia menggunakan fabrik lembut dan pelbagai.
|
|
Fesyen tersebut juga memberikan potongan fabrik yang lembut, lengkap dengan aksesori kasut, sandal dan beg. Kesempurnaan kualiti dan keselesaan bergaya amat dititikberatkan dalam koleksi yang dilahirkan dari jenama CK.
Antara jenis baju yang diperkenalkan baru-baru ini ialah rekaan eksklusif dipadankan dengan gaya santai. Koleksi Calvin Klein boleh didapati bermula bulan ini di Suria KLCC, Pavilion, One Utama dan The Gardens, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: