Monday, January 3, 2011

Demi Moore obsess dengan wajah



Elton rahsia maklumat ibu dan bapa tumpangnya


Nicole Scherzinger mahu kahwin segera



Penyanyi Nicole Scherzinger yang bercinta dengan pelumba kereta Formula 1, Lewis Hamilton, sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Poison itu, perhubungannya dengan Lewis selama tiga tahun itu membuatkan dia benar-benar yakin untuk bergelar isteri dan ingin memperoleh sebuah keluarga yang bahagia.

Nicole yang ditemui sebagai tetamu undangan dalam rancangan The X factor itu berkata, umurnya yang sudah menjangkau 32 tahun juga membuatkan dia tidak mahu tunggu lama untuk bergelar isteri kepada Lewis yang baru berusia 25 tahun.



Demi Moore obsess dengan wajah



Aktres Demi Moore mengakui bahawa dia sering menginginkan perubahan pada wajahnya.

Isteri kepada aktor Ashton Kutcher itu berkata dia sanggup duduk di depan cermin berjam-jam semata-mata untuk melihat perubahan pada wajahnya.

Demi yang berusia 48 tahun itu juga bercadang untuk menghasilkan sebuah buku biografinya yang lebih bercerita mengenai dirinya yang terlalu menjaga kecantikan diri.





Elton rahsia maklumat ibu dan bapa tumpangnya



Elton John yang memilih untuk mendapatkan anak melalui ibu tumpang, masih enggan berkongsi maklumat mengenai siapakah ibu dan bapa kepada anaknya yang akan dilahirkan itu.

Elton dan pasangan gaynya, David Furnish baru sahaja menyambut kelahiran putera pada Hari Natal lalu menganggap apa yang penting kini kehidupan mereka semakin sempurna dengan kehadiran seorang anak.

Bayi comel yang diberi nama Zachary ini dianggap satu rahmat yang besar buat Elton dan David.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: