
BAITULMUQADDIS - Beberapa pertempuran singkat tercetus di sepanjang sempadan utara Israel dengan Lebanon semalam, kata sumber tentera Israel selepas polis Yahudi menafikan laporan bahawa peluru-peluru roket mengenai utara negara berkenaan.
Pihak tentera menyatakan, askar-askar Israel ditembak di sempadan utara negara itu dengan Lebanon tetapi enggan mengesahkan laporan mengenai siri pertempuran itu atau mengulas lanjut mengenainya.
Sumber tentera Yahudi itu memberitahu, insiden berbalas-balas tembakan antara tentera Israel dengan pasukan keselamatan Lebanon berlaku berhampiran penempatan Misgav Am yang terletak di kawasan paling utara sempadan Israel-Lebanon.
Radio awam Israel melaporkan, dua peluru roket telah ditembak dari seberang sempadan tetapi polis Israel menafikan terdapat sebarang peluru yang mengenai bahagian utara negara itu.
"Tiada sebarang senjata yang ditembak ke utara Israel," kata jurucakap polis rejim Zionis, Mickey Rosenfeld.
Tentera Lebanon bagaimanapun mengesahkan berlakunya beberapa pertempuran kecil.
Menurut tentera Lebanon, dua askar negara itu cedera dekat perkampungan Adaysseh yang terletak berhampiran penempatan Misgav Am di Israel.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: