Monday, June 8, 2009

‘Ulat kaunter’ membiak di KLIA


KAUNTER yang menjadi tempat ulat teksi beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.


SEPANG – Pakaiannya kemas, memakai tanda nama dan duduk di kaunter agensi pelancongan.

Namun begitu, mereka sebenarnya adalah ‘ulat’ yang masih bergiat aktif di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kali ini mereka bertindak lebih kasar dengan ‘menawan’ kaunter-kaunter agensi pelancongan yang tidak lagi beroperasi di kawasan berkenaan.

Bukan itu sahaja, mereka juga menguasai kaunter teksi yang sudah tidak beroperasi selepas pukul 5 petang.

Selain bekerjasama dengan ‘ulat teksi’ di KLIA, ‘ulat kaunter’ itu juga menawarkan perkhidmatan tempahan hotel dan pembelian tiket penerbangan.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati tindakan mereka menukar penampilan dan duduk di kaunter membuatkan orang ramai sukar membezakan mana satu agensi pelancongan yang sah dan yang haram di KLIA.

Difahamkan, ‘ulat kaunter’ itu juga menawarkan komisen sebanyak 70 peratus kepada ‘ulat teksi’ yang berada di balai ketibaan di KLIA untuk membawa pelanggan ke kaunter mereka.

Seorang sumber yang cuma ingin dikenali sebagai Halim mendedahkan, kegiatan tersebut sudah lama berlaku tetapi sukar untuk dikenakan tindakan kerana mereka segera lesap pada setiap kali operasi penguatkuasaan diadakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: