Friday, June 12, 2009

Suntikan tenaga muda Hafiz AF7


HAFIZ


MALAM Puisi Utusan (MPU) anjuran Kumpulan Utusan yang berlangsung pada malam ini, disuntik dengan tenaga, karisma dan jiwa remaja dengan kemunculan juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Hafiz.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana bintang remaja kelahiran program realiti TV popular itu menunjukkan skilnya menerusi puisi di samping menghiburkan penonton MPU kali ini.

Apa yang pasti bukan Hafiz sahaja yang bakal menyalurkan tenaga muda pada malam ini, tetapi juga juara AF5, Mila dan yang bakal menggamatkan lagi acara itu sudah tentu kemunculan kumpulan Hujan.


SITI NURHALIZA


Kemeriahan acara pasti disemarakkan lagi dengan kemunculan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Kopratasa serta tidak ketinggalan Mejar Dr. Faiz Khaleed.

Tidak sah acara yang berlangsung tanpa kemunculan barisan pendeklamasi yang disegani terdiri daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Profesor Datuk Hashim Yaacob, Zaen Kasturi, Khalid Salleh, Marjan S, Shukri Abdullah dan Marsli N.O.


HUJAN


Acara yang berlangsung di Laman Santai Budaya bermula pukul 8.45 malam itu meraih sokongan ExxonMobil selaku penaja utama, di samping Astro sebagai penyiar rasmi dan Istana Budaya sebagai penaja rasmi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: