Monday, June 8, 2009

Sambutan Ulangtahun ke-2 Mangga Online dan Bunkface

altHari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. 6 Jun 2009 merupakan titik bersejarah untuk Mangga Online kerana dua sebab. Pertama, dapat meraikan ulangtahun kami yang kedua dan juga dapat berkenalan dengan Mangolian yang selama ini banyak membantu menaikkan mertabat Mangga Online dan menjadikan kami portal terunggul.

Dengan cara bagaimana kami ingin menunjukkan tanda terima kasih kepada Mangolians? Perancangan ini telah mengambil masa tiga bulan dan selama tiga bulan inilah Mangga Online banyak menghubungi artis meminta mereka menjadi tetamu kehormat namun ada yang mahukan token dan tidak kurang juga ada yang sibuk. Akhirnya ketika acara kemuncak Mangga Star Search diadakan di Saloma Bistro baru-baru ini, Zara Ismail (pengurus Bunkface) mengatakan jadual mereka agak longgar bulan Jun kerana mereka baru sahaja selesai proses rakamam album baru. Maka Mangga Online terus mengundang Bunkface menjadi artis jemputan dan mereka bersetuju.alt

Seramai 30 Mangolian bertuah telah dipilih dengan cabutan undi. Namun yang menyedihkan ialah apabila tiba hari majlis, seramai 11 Mangolian terpaksa menarik diri atas sebab-sebab tersendiri.

altMangga Online ingin mengucapkan terima kasih kepada David Teo, Azhari dan Zubir dari Metrowealth kerana sudi menaja majlis ini, kepada kakitangan Restoran Lemon Metropoint Kajang di atas layanan first class anda, kepada kumpulan Bunkface kerana sudi hadir, kepada yang terlibat di sebalik tabir dan tidak lupa kepada Mangolians yang memeriahkan lagi acara ini. Acara seterusnya? Mungkin percutian 3 hari 2 malam dengan artis pula!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: