Tuesday, June 9, 2009

Ritesh dan Genelia bercinta?


GENELIA D'SOUZA dan Ritesh Deshmukh


RITESH Deshmukh dan Genelia D'Souza baru-baru ini telah dilihat makan malam bersama di restoran Culture Curry di Mumbai. Tidak kira berapa kali aktor itu menafikan hubungannya dengan Genelia, ramai yang meragui kenyataannya itu selepas melihat dia bersama aktres genit itu di restoran tersebut.

Menurut laporan, kedua-dua pelakon itu serta beberapa rakan mereka telah berkumpul di restoran tersebut bagi meraikan bapa Ritesh, Vilasrao Deshmukh yang baru-baru ini dilantik sebagai Menteri Kementerian Perindustrian Berat India.

Ritesh dan Genelia pada mulanya bertemu di restoran Goa Portuguesa tetapi telah membuat keputusan untuk tidak ke situ kerana bimbang lokasi itu terlalu terbuka kepada umum. Sebab itulah, mereka kemudian mengunjungi restoran Culture Curry.

Salah seorang saksi yang berada di restoran itu memberitahu IANS, "Ritesh dan Genelia datang bersama beberapa orang kawan pada pukul 9.30 malam dengan perasaan gembira. Mereka berdua hadir untuk menyambut kejayaan ayah Ritesh.

"Kedua-duanya tidak menonjolkan diri kerana tidak pernah keluar berdua-duaan di tempat awam dan mahu menyembunyikan hubungan mereka.

"Pasangan itu telah menikmati makanan Selatan India dan menghabiskan masa lebih dua jam bersama. Walaupun memberikan autograf kepada peminat mereka di restoran, pasangan itu tidak mahu merakamkan gambar bersama."

Tambah saksi itu, "Kenapa mereka perlu menyembunyikan hubungan mereka kerana mereka kelihatan sempurna bersama dan sedang asyik bercinta?"

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: