Saturday, June 27, 2009

One Drop Perfumes tampil dengan tema hitam putih


FAHRIN (dari kiri), Saffar Noor, Josafri dan Rozita Che Wan menunjukkan set wangian baru One Drop Perfumes di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pewangi One Drop Perfumes terus mengorak langkah dalam dunia haruman minyak wangi apabila menampilkan dua set wangian baru bertemakan hitam dan putih untuk khas untuk jejaka serta wanita.

Wangian dalam set hitam dikenali dengan nama Men Set 3 dilengkapi dengan formulasi minyak wangi yang diinspirasikan dengan jenama mewah iaitu Desire (Dunhill), Hugo XY (Hugo Boss) dan Dior Sport (Christian Dior).


BARISAN artis mengambil peluang menghiburkan para tetamu pada majlis Parti Selebriti Kosmo! - One Drop Perfumes di Kuala Lumpur semalam.


Selain itu, wangian lain turut meliputi Miracle Homme (L'Aquatonic), White Musk for Men, (Body Shop), Diamonds for Men (Emporio Armani), Sculpture (Homme) dan wangian jenama One Drop Perfumes iaitu Epiphany.

Set putih Women Set 5 pula ditampilkan melalui wangian Fairy Dust (Paris Hilton), Flower (Kenzo), Eau De (Givenchy), Magnifique (Lancome), Gardenia (Elizabeth Taylor), Madame (Jean Paul Gaultier), Pure Poison (Christian Dior) dan Midnight Fantasy (Britney Spears).


NIZAM Kring-kring (kiri) dan Amyza Aznan selaku pengacara karpet merah menemu bual Noryn Aziz.


Dua set tersebut dilancarkan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat One Drop Sdn. Bhd., Saffar Noor dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Josafri Johari di Hotel Sheraton Imperial di sini semalam.

Menurut Josafri, dua set wangian terbaru yang kini telah berada di pasaran, melengkapkan lagi koleksi wangian keluaran One Drop iaitu enam untuk wanita dan empat untuk lelaki.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: