Saturday, June 13, 2009

Manjanya Irma di sisi Nabil


altBaru-baru ini Mangga Muda dapat satu info pasal kemesraan pasangan Nabil dan Irma Hasmie. Nak tahu kat mana? Di dalam kapal terbang!

Kawan Mangga Muda kebetulan ada dalam pesawat yang sama dinaiki oleh mereka ke Perth, Australia. Benarlah memang Nabil ada penggambaran program TV di sana. Eh! Irma ikut sama ke? Emmm... Lu Pikirlah Sendiri.

"Saya ada nampak Nabil dan Irma dalam kapal terbang tu. Mereka duduk di tempat duduk belakang. Agaknya nakkan privasi lah tu. Nabil tu pakai baju yang siap ada tutup kepala dan pakai kaca mata hitam. Agaknya tak mahu dikenali lah tu gamaknya.

"Kat dalam kapal terbang tu ramai orang Malaysia, tutup macam mana pun orang akan kenal juga, diakan artis popular," kata kawan Mangga Muda yang menghubungi Mangga Muda.

Apabila dah nampak mereka duduk berdua, kawan Mangga Muda pun usha-usha lah mereka. Ada juga ternampak aksi manja Irma yang baring di riba Nabil. Yalah penat agaknya sebab perjalanan ke Perth tu makan masa berjam jam lamanya.

Kawan Mangga Muda tu tak tahupun Nabil ada penggambaran di sana, yalah manalah orang kenal krew production kan. Apabila dia cerita kat Mangga Muda, Mangga Muda beritahu kat dia memang Nabil ada ke sana untuk tujuan penggamaltbaran program TV.

Nabil... Nabil... ada ada saja ya. Kalau ya pun nak bermanja, janganlah tunjukkan depan orang. Nanti apa pula tanggapan orang. Kalau dah di depan orang boleh beraksi macam tu, apa pula agaknya yang boleh berlaku kalau mereka hanya berdua sahaja. Kan dah boleh menimbulkan syak yang tak baik tu.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: