“SAYA hampir tertipu..," jelas Maizawati Zainal, isteri Akhil Hayy yang hampir menarik diri daripada bergelar duta program BondaMama oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPNH).
Maiza berkata demikian setelah seorang wanita menghampiri beliau baru-baru ini dan memberitahu sesuatu yang menghakis kepercayaannya tentang YPNH.
“Saya agak cemas juga kerana pada waktu itu saya tidak tahu apa-apa dan belum lagi membuat persetujuan.
"Selepas menyiasat dan bersemuka dengan pihak YPNH petang semalam, saya dapati ada salah faham," kata Maiza yang teruja untuk meneruskan khidmatnya sebagai Duta BondaMama.
Program BondaMama merupakan program kerja dari rumah yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah bagi membantu ibu-ibu tunggal dan wanita-wanita bekerjaya untuk bergantung antara satu sama lain dalam usaha membimbing, mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.
Bonda merupakan gelaran kepada surirumah sepenuh masa yang berhasrat untuk menjadi pengasuh bayi dan kanak-kanak di rumah mereka. Oleh itu, mereka akan diberikan latihan khas oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dengan kerjasama Universiti Malaya di bawah Unit Pendidikan Berterusan.
Sementara Mama pula adalah gelaran kepada ibu bapa yang memerlukan pengasuh untuk anak-anak mereka semasa mereka keluar bekerja.
Ditanya mengapa baru sekarang Maiza berasa gembira dengan perlantikannya berbanding ketika sidang media perlantikannya sebagai duta BondaMama pada 5 Jun lalu.
“Waktu tu saya tengah ‘blur’ dan hanya terdiam. Sebab itu apabila wartawan tanya tentang kontrak dan bayaran, saya tidak dapat menjawabnya kerana tidak tahu apa-apa.
“Masa tu saya bodoh dan ‘blank’ kerana saya benar-benar tidak tahu apa-apa ketika itu.
“Semuanya berlaku secara mendadak....tiba-tiba saja saya sudah dilantik menjadi duta ibu tunggal. Saya ingatkan hanya menjadi sebagai tetamu khas untuk slot mereka," kata Maizawati yang diperkenalkan dengan YPNH melalui rakannya, Nordin Jaafar (bekas anggota Raihan).
Maiza telah dipanggil menandatangani kontrak pada hari Isnin lalu namun sehingga kini dia masih belum menandatangani kontrak.
"Saya ingin melihat dulu final draf kontrak.Saya akan ikat kontrak selama 1 tahun untuk menjadi duta BondaMama," kata ibu kepada enam orang anak ini.
Dalam pada itu, Pengasas merangkap Presiden YPNH, Ameer Soekre Ishak berkata pihaknya dengan Maiza telahpun berbincang.
"Maiza telah bersetuju dan membuat keputusan muktamad. Kedua-dua pihak juga berpuas hati dengan bayaran kerana kami saling bantu-membantu.
"Kiranya dia boleh dianggap seperti bekerja dengan yayasan," kata Ameer.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: