Wednesday, June 24, 2009

Kes cerai Jamal ditangguh 3 Julai


Jamal (kiri) dan Fatimatuzahra hadir di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam bagi mendengar kes pengesahan lafaz cerai mereka.


SHAH ALAM - Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam belum bersedia untuk membuat keputusan berhubung permohonan isteri penyanyi Jamal Abdillah bagi mengesahkan lafaz cerai yang dibuat suaminya pada Mei tahun lalu.

Sehubungan itu, Penolong Pendaftar Mahkamah, Siti Aminah Husin menangguhkan sehingga 3 Julai ini untuk Hakim Syarie Drs. Atras Mohamed Zin membuat keputusan.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidullah Ali, 50, selaku defendan manakala plaintif Fatimatuzahra Samad, 26, hadir pada proisiding berkenaan.

Fatimatuzahra ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secara baik iaitu mengikut saluran undang-undang demi kebaikan anak mereka, Ahmad Zaki Yamani, 2.

"Saya memang berhasrat untuk berbincang untuk selesaikan masalah ini dengan baik tetapi saya tidak dapat maklum balas daripada dia (Jamal)," kata beliau yang diwakili peguam syarie, Hairunnajmi Najmuddin.

Jamal yang tidak diwakili peguam bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: