Sunday, June 14, 2009

Dua pengawal maut kerana besi buruk


KEADAAN kilang besi buruk selepas dua pengawal keselamatannya dibunuh di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Hanya kerana empat batang besi buruk seberat empat tan bernilai kira-kira RM3,000, dua pengawal keselamatan menemui ajal dalam kejadian samun di sebuah kilang di Batu 6, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34 di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, Supir Rasban, 75, dan seorang warga Nepal, Gangga Bahadul, 32, dikatakan dihentak dengan objek keras bertubi-tubi di bahagian kepala oleh sekumpulan lelaki dipercayai melebihi lima orang.


HASNAN


Sebelum itu, kumpulan penjenayah berkenaan dipercayai telah masuk ke kawasan kilang tersebut menaiki sebuah lori melalui pintu utama setelah memotong pagarnya.


PARA pekerja kilang yang kebanyakannya warga Nepal berkumpul selepas kilang itu ditutup ekoran kes pembunuhan di Shah Alam semalam.


Ketika kejadian, kedua-dua mangsa yang bekerja syif malam sedang meronda di sekitar kawasan kilang manakala kira-kira 30 pekerja kilang sedang nyenyak tidur di dalam asrama yang terletak di belakang kilang itu. Supir dan Gangga menyedari kehadiran kumpulan penjenayah terbabit dan cuba melawan.

Ekoran itu, berlaku pergelutan dan kumpulan lelaki berkenaan bertindak kejam dengan menghentak kepala kedua-dua mangsa sehingga mati. Mereka kemudian mengangkat besi dengan menggunakan foklif ke dalam lori.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: