TEMERLOH - Seorang pekerja ladang tidak mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan penipuan melalui skim pelaburan pajakan hotel di Makkah dikenali sebagai Islamic Hotel yang dibacakan ke atas dirinya di Mahkamah Majistret Temerloh, di sini, semalam.
Tertuduh, Zahari Mat Ghani, 56 didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tertuduh didakwa di hadapan Majistret Najwa Hashim pada kira-kira jam 10.30 pagi dan berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memperdayakan seorang mangsa yang menyertai skim pelaburan Islamic Hotel pada jam 10.54 pagi, 10 Mei lalu, di Maybank Temerloh.
Tertuduh didakwa dengan tidak jujur atau secara penipuan telah menyebabkan seorang lelaki mengalihkan wang tunai sebanyak RM3,900 ke dalam akaun tertuduh.
Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Irmawanthy Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Najwa membenarkan tertuduh dibebaskan denga ikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan 24 November sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.
Tertuduh bagaimanapun memohon wang jaminan dikurangkan memandangkan dia terpaksa menanggung dua anak serta seorang isteri sebelum mahkamah membenarkan bayaran jaminan dikurangkan kepada RM2,500 dan dia dibebaskan selepas wang jaminan dibayar oleh keluarganya.
Baru-baru ini media melaporkan lebih 150,000 individu di negara ini dipercayai terjerat dengan penipuan skim pelaburan pajakan hotel di Makkah atau lebih dikenali sebagai Islamic Hotel, melibatkan kerugian mencecah RM450 juta.
Difahamkan skim tersebut mewajibkan setiap individu membuat pelaburan minimum RM3,500 dan setiap bulan peserta akan menerima dividen sebanyak 15 hingga 30 peratus hasil keuntungan pajakan hotel.
Susulan itu, empat individu termasuk seorang bergelar Datuk yang bergerak aktif menipu wang pelaburan ahli ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di Pahang dan Sarawak pada 25 Oktober lalu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: