KUALA KETIL - Keindahan bacaan ayat suci al-Quran yang didengarinya sejak dua tahun lalu membawa seorang pemuda dari England ke negara ini bagi mendalami ilmu agama.
Hampir lima bulan menetap di Kuala Ketil, Mattew atau nama Islamnya Muhammad Yusuf Abdul Qarim, 26, yakin pilihan hidupnya hari ini adalah tepat.
Menceritakan kembali bagaimana hatinya terpaut dengan Islam, Yusuf berkata, pada awalnya dia mendengar bacaan surah Al-Ankabut dari sebuah siaran televisyen.
Menurutnya, bacaan pada ayat 45 hingga 51 itu menyentuh perasaannya dan timbul keinginan untuk tahu apa sebenarnya Islam.
“Hati saya tersentuh dengan bacaan surah itu, ayat itu antaranya berkaitan dengan solat.
“Bermula dari situ saya membuat kajian mendalam terhadap agama Islam dengan bacaan dan carian di internet,” katanya.
Yusuf berkata, perasaannya semakin tertarik dengan Islam apabila mendapati ia berbeza dengan agama lain.
“Sebelum ini saya juga mengkaji beberapa agama lain, tetapi Islam ternyata agama yang lengkap dan sempurna,” katanya.
Pemuda yang tidak lokek dengan senyuman itu mengakui memeluk Islam mempunyai cabaran.
Menurutnya, beberapa pihak dari aliran Syiah pernah memujuknya menjadikan mazhab tersebut sebagai pegangan.
“Saya menolak Syiah apabila ia mendapati bertentangan dengan apa yang disampaikan ALLAH dan Rasul,” katanya.
Mempunyai cara tersendiri mengenali lebih dekat agama ALLAH, Yusuf berkata, dirinya memilih untuk merantau.
Menurutnya, merantau adalah universiti terbuka dan kaedah terbaik untuk belajar erti kehidupan.
Ke Malaysia dengan baki wang RM200
Bermula dengan Sepanyol, Amerika Syarikat dan Indonesia, Yusuf akhirnya memilih Malaysia sebagai destinasi seterusnya.
Pertama kali menjejaki negara ini, wang simpanannya hanya tinggal RM 200, bukan sahaja tidak cukup untuk dia pulang semula ke England tetapi untuk makan dan minum selama seminggu juga tidak mencukupi.
“Saya ke sini dengan wang baki RM200, selebihnya saya meletakkan tawakal kepada ALLAH,”katanya.
Selepas berkelana ke beberapa buah negeri, Yusuf kini meneruskan pengembaraan dalam daerah ini dengan bantuan kenalannya termasuk bekas guru Bahasa Inggeris, Shahidin Hamid.
Selama menetap di Kuala Ketil, Yusuf tinggal bersama sahabat baik kepada Shahidin iaitu Mohd Zhuki Ghazali.
Bagi memantapkan pemahaman ilmu agamanya, pelajar lepasan universiti itu menjadikan ceramah di masjid dan sebuah madrasah di Kuala Ketil tempat untuk merujuk ilmu.
Yusuf yang pernah berkahwin sebelum memeluk Islam, berkata, aktivitinya beberapa bulan di sini diselit dengan aktiviti berbasikal dan mendaki gunung Baling.
"Saya juga akan kembali ke tanah kelahiran saya selepas ini kerana mahu berbakti kepada keluarga di sana," kata bapa kepada seorang anak ini.
Mahu sampaikan dakwah di England
Lelaki dengan ketinggian lebih 170cm itu turut memasang impian menarik kawan-kawannya berhijrah kepada agama Islam.
“Saya akan sampaikan mesej dakwah kepada kawan-kawan saya di sana.
“Bila segalanya selesai, saya akan hadir semula ke Malaysia,” katanya .
Sementara itu, Shahidin berkata, umat Islam perlu mainkan peranan membantu saudara baharu tanpa membiarkan mereka dibiarkan tanpa ilmu.
Ditanya peribadi Yusuf, Shahidin berkata, pemuda tersebut contoh terbaik untuk diteladani.
Menurutnya, biarpun baru dua tahun memeluk Islam, Yusuf mampu memahami agama dengan baik.
“Dia juga boleh membaca ayat suci Al-Quran khususnya surah Al-Ankabut dengan baik,”katanya.
Shahidin berkata, tidak mampu berbahasa Melayu dengan fasih, namun lelaki itu tidak menjadikan masalah bahasa untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan.
“Malah ketika majlis ilmu pun dia tidak malu untuk bertanya kepada guru,”katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: