PELAKON drama Aidil Aziz dan dua rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar 465.61 gram ganja dua minggu lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Aidil, 29, atau nama penuhnya Mohd Aidil Abdul Aziz, Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan warga Filipina, R. Guevara Cortez, 33, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Ketiga-tiga mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis ganja seberat 465.61 gram di No 1 Jalan Ampang Ulu, di sini, pada 12.40 tengah hari, 24 September lepas.
Aidil, Omar Sayeed yang bekerja sendiri dan Guevara seorang jurutera teknologi maklumat didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aftal Mariz Mohamed manakala Aidil diwakili peguam Muhammad Nor Izzat Nordin, Omar Sayeed diwakili peguam G. Jaya Prem manakala Guevara tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 7 Disember untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.
Turut hadir di mahkamah anggota keluarga tertuduh dan juga pelakon drama 'Kaza'.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: