Halim, 51, berkata, dia teruja diberi peluang tersebut kerana memang menjadi impiannya untuk kembali mengacara tambahan pula dia memang meminati program berbentuk sukan.
"Insya-Allah selepas 10 tahun tidak muncul dalam mana-mana program televisyen sebagai pengacara saya teruja bakal mengendalikan Planet Sukan.
"Sejak dahulu saya memang mengimpikan untuk mengendalikan program berbentuk sukan dan Alhamdulillah akhirnya impian tersebut bakal menjadi kenyataan," katanya.
Halim berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman finalis lima terbaik Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) di Menara Star di sini, Khamis.
Planet Sukan bakal ke udara secara langsung bermula 6 April ini pada setiap hari Rabu, pukul 9 malam di TV1.
Dalam pada itu, Halim berkata, meskipun pernah mengacarakan beberapa program sebelum ini termasuk Roda Impian namun dia tetap berasa gemuruh untuk kembali mengacara.
Pergelangan tangan kiri Halim patah akibat bermain bola sepak.
Ini kerana kata Halim, dia sedar harapan penonton tinggi terhadapnya memandangkan dia sudah berpengalaman sebagai pengacara sebelum ini.
"Saya pernah mengendalikan Selamat Pagi Malaysia pada 1993 tetapi gemuruh ketika itu berbeza kerana saya masih baharu dan tidak dikenali.
"Sekarang situasinya berbeza kerana nama saya sudah pun dikenali dan harapan penonton untuk melihat saya tampil berbeza pasti ada," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai pergelangan tangan kirinya yang patah, Halim berkata, ia berpunca semasa bermain bola sepak baru-baru ini.
"Ketika kejadian saya menjadi penjaga gol dan cara saya menyambut bola yang salah membuatkan pergelangan tangan patah.
"Saya hanya menyedari ia patah ketika melakukan ujian X-Ray tetapi keadaan saya kini beransur pulih," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: