PENGARAH, pelakon pelawak, Afdlin Shauki kini semakin melebarkan sayap perniagaannya apabila membuka sebuah restoran yang berkonsepkan komedi dan diberi nama ‘Comedy Planet di Kilang Bateri Tampoi, Johor Bahru, Johor awal bulan ini.
Menariknya pengunjung ‘Comedy Planet’ bukan sahaja disajikan pelbagai hidangan dengan nama unik dan pelik selaras dengan konsep komedi, sebaliknya turut berpeluang berhibur dengan persembahan komedi dari pelawak tempatan yang dijemput khas.
Ini termasuklah ‘stand up comedy’, improvisasi, puisi, spontan dan tazkirah yang akan dibarisi oleh selebriti ternama tanah air yang mana sekurang-kurangnya satu nama besar akan membuat persembahan di situ.
Malah, ‘Comedy Planet turut membuka peluang kepada rakyat Johor yang boleh berlawak menonjolkan bakat mereka pada malam Open Mike yang mana pelawak-pelawak amatur diberi ruang untuk memenangi wang ringgit untuk persembahan mereka.
Berkonsepkan Fusion Melayu dan Western, restoran berkenaan dibuka pada setiap hari Selasa hingga Ahad daripada jam 3 petang hingga 12 malam itu menyediakan lebih 30 jenis menu termasuk makanan dan minuman yang pelik.
Antaranya sup tulang merah tanda berhenti, gado-gado balik rumah, air kera di hutan disusukan, air pak leman kesejukan di kebun teh, silence of the lamb shoulder, dessert serabai mabai terabai k-bye, dan nasi lemak konfius mak dengan sambal squidworth dengan harga yang berpatutan.
Afdlin Shauki atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan,45, berkata, pada mulanya dia dijemput membuka butik B.O.B by Afdlin Shauki di lokasi berkenaan.
“Bagaimanapun, akhirnya hasil perbincangan membawa keputusan saya membuka restoran komedi. Saya juga sebenarnya mahu membuka Comedy Planet di Kuala Lumpur, namun apabila mendapat tawaran serta melihat suasana di sini, saya kira ia bersesuaian untuk dikembangkan.
“’Comedy Planet’ adalah kesinambungan daripada konsep restoran komedi yang menggabungkan gaya hidup dunia hiburan (entertainment lifestyle) termasuk memperkenalkan fesyen dan restoran yang berkait dengan makan sambil menyaksikan persembahan, sekali gus menyajikan kehendak masyarakat yang inginkan mood bersantai.
“Tema dan dekorasi restoran ini adalah lebih menumpukan kepada kesesuaian fenomena baharu di industri hiburan kini yang mengumpulkan pelawak terhebat Malaysia dan pelawak bertaraf antarabangsa membuat persembahan secara santai,” katanya pada majlis pelancaran ’Comedy Planet’.
Pada majlis berkenaan selain Afdlin Shauki sendiri, dua pelawak terkenal, Harith Iskandar dan Douglas Lim turut diundang menyerikan suasana selain pengunjung turut disajikan dengan persembahan dari kumpulan AhmadAhmad.
Afdlin berkata, antara ruangan yang ditawarkan di Comedy Planet adalah Foyer Terrace yang sesuai bagi mereka yang inginkan suasana santai terbuka bersama rakan, Rooftop Terrace pula bagi yang inginkan suasana tenang sambil menikmati angin malam, manakala Bar Seating menempatkan individu yang ingin bersendirian.
“Selain itu, Comedy Planet turut menyediakan ruangan bagi individu yang ingin membuat tempahan bagi menjalankan sebarang acara atau majlis sekali gus meletakkan kedudukan restoran ini dikenali ramai di seluruh Malaysia.
“Pendek kata, pada setiap malam Rabu ke Sabtu, malam anda akan dipenuhi dengan aksi spontan pelawak tempatan bersama gelak ketawa seisi keluarga selain menikmati persembahan kugiran dan nyanyian di restoran komedi yang pertama di Johor Bahru ini,” katanya yang memberitahu akan membuka cawangan Comedy Planet yang dijangka bertempat di Great Eastern Mall, Kuala Lumpur pada Mei depan.
Bagi memastikan kelancaran operasi pengurusan perniagaan makanan yang baharu diceburinya Afdlin berkata, dia akan menetap sementara di Johor.
“Pada masa sekarang, komitmen saya tertumpu kepada restoran ini kerana tidak sampai sebulan Comedy Planet ini beroperasi.
“Jadi, saya akan menetap sementara di Johor bagi memastikan kelancaran pengurusan perniagaan di sini sebelum saya meneruskan projek terbaharu saya dengan menyasarkan sekurang-kurangnya menghasilkan sebuah filem arahan saya yang bermula selewatnya November tahun ini.
“Terbaharu, saya sedang menjalani penggambaran filem Bikers Kental 2 arahan Helmi Yusof di Danok, Hat Yai dan Phuket, Thailand yang dijangka akan mula ditayangkan pada Januari atau Februari tahun depan.
“Selain itu, perniagaan B.O.B by Afdlin Shauki kini memasuki pasaran antarabangsa antaranya Australia, Qatar, Brunei dan Singapura sejak sebulan lepas dan segala tempahan dilakukan oleh pihak agen dan stokis yang dilantik,” katanya yang memberitahu tudung transformer keluaran syarikatnya turut mendapat permintaan menggalakkan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: