DI sebalik kejayaan sesebuah karya, berdirinya beberapa individu yang mengerakkan ia menjadi sebuah karya yang diingati ramai.
Ia bukan berpaksi di atas kejayaan selebriti sahaja yang mengemudikan sesebuah karya itu, tetapi mereka yang berada di belakang tabir.
Kali ini, Zass dekati seorang jurukamera yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang belakang tabir.
Zamri Deraman atau lebih dikenali dengan panggilan Silver Cher dalam kalangan rakan sekerja mula menceburi bidang belakang tabir sejak 1995.
Menurut Zamri, dia pada asalnya menjadi pelakon tambahan untuk sebuah syarikat di Cheras, namun ketika itu dia lebih berminat ke arah kerja belakang tabir.
“Suatu hari ada rakan bertanya sama ada saya mahu mengikut produksinya kerana tidak cukup orang. Dari situ saya mula terlibat dengan kerja belakang tabir.
“Tapi tidaklah menjadi jurukamera, mula-mula saya buat kerja seperti gulung kabel, kendalikan audio dan pencahayaan, serta pembantu jurukamera.
“Dari situ saya belajar perlahan-lahan mengendalikan kamera kerana zaman dulu bukan mudah orang nak ajar kita, kita kena belajar sendiri.
“Beberapa tahun selepas itu, barulah saya berpeluang mengendalikan kamera sendiri,” katanya kepada Zass.
Tambah Zamri, antara karya yang pernah dihasilkannya adalah drama bersiri Iman Nabila, Gendola Cinta Di Venice, Hilangnya Kasih, Rajuk dan program seperti Maharaja Lawak Mega, Raja Lawak dan Destinasi Bajet.
“Seronoknya bekerja di belakang tabir bila kita berpeluang menjalani penggambaran di luar negara, ada kala sehingga sebulan.
“Kalau nak pergi dan bayar tiket sendiri memang tak mampu, jadi bila bekerja, secara tidak langsung saya berpeluang melihat negara orang.
“Ketika saya buat program Destinasi Bajet bersama Qi Razali, saya berpeluang melihat banyak negara dan itu menjadi antara kenangan manis buat saya.
“Tapi kru belakang tabir kena rajin mencari kerja kerana kita bergantung pada tawaran yang diterima,” katanya.
Luahan orang lama
Dalam pada itu, ditanya pendapatnya mengenai orang belakang tabir yang sering dipandang sepi, Zamri mengakui perkara itu sudah lama berlaku.
Biarpun sudah lama berkecimpung di dalam industri seni, mereka tidak boleh terlalu 'demand' seperti sesetengah pelakon yang sudah bekerja lama.
“Saya bergerak secara sambilan dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat atau produksi. Jadi bila ada tawaran, adalah kerja dan gaji.
“Apabila tak ada tawaran kenalah pandai-pandai cari. Bagaimanapun bayaran yang kami terima tidaklah setinggi bayaran diterima pelakon.
“Contoh kalau artis itu dikehendaki oleh stesen TV, syarikat produksi sanggup bayar berapa sahaja untuk mendapatkan khidmat mereka.
“Tapi kalau kami letak harga tinggi, produksi itu akan cari mereka yang letak harga lebih rendah ataupun kru yang baru bertapak. Jadi untuk kru belakang tabir ini, memang sudah ada had bayaran tertentu yang kami kenakan dan setimpal dengan hasil kerja kami,” katanya.
Walaupun kelibat mereka sering dipandang sepi, bagi Zamri, ia ibarat pepatah, ‘alah bisa, tegal biasa’.
“Tidak dinafikan ada beberapa orang belakang tabir yang mahu juga hasil mereka diiktiraf. Tapi bagi sesetengah kru otai, mereka semua sudah biasa dipandang sepi,” katanya.
Impi arah drama
Tidak hanya bekerja sendiri, Zamri berkata, dia juga mengajar beberapa orang baharu dalam bidang teknikal dan kini mempunyai empat orang di bawahnya yang bekerja bersama-sama.
“Saya ada kumpulan sendiri yang dipanggil Team Silver Cher. Mereka selalu mengikut saya dan saya juga ada mengajar mereka mengendalikan kamera dan kerja teknikal lain.
“Jadi secara tidak langsung ia lebih memudahkan kerja bila mereka tahu hendak buat kerja,” katanya.
Sementara itu, ditanya impiannya pada masa akan datang, Zamri mengakui menyimpan hasrat untuk mengarah drama.
“Adalah impi untuk arah drama macam drama romantis, tapi buat masa ini saya belum nampak peluang itu lagi. Tapi tidak tahulah masa hadapan kalau ada rezeki untuk saya,” akhirinya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: