Wednesday, September 2, 2015

R&R Tapah Ditutup Tujuh Bulan Mulai Khamis Ini - PLUS




KUALA LUMPUR: Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di kedua-dua arah di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) akan ditutup selama tujuh  bulan mulai Khamis ini kerja-kerja menaik taraf.
Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad dalam satu kenyataan berkata penutupannya bermula 3 Sept hingga 16 April tahun depan bagi menaik taraf gerai makan dan minuman serta medan selera sedia ada.
Bagaimanapun restoran, tandas awam, gerai buah-buahan, surau, kawasan meletak kenderaan serta stesen minyak masih dibuka seperti biasa.
PLUS turut memaklumkan penutupan sementara beberapa kawasan R and R bagi kerja-kerja penyelenggaraan.
Kawasan R and R yang akan ditutup esok ialah R and R Machap arah utara, R and R Macahap arah selatan dan R and R Dengkil arah selatan pada Selasa minggu depan, R and R Pagoh arah selatan dan R and R dengkil arah utara pada Rabu minggu hadapan.
Stesen minyak bagi semua R and R yang ditutup itu masih beroperasi seperti biasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: