Thursday, September 10, 2015

Pahit tapi penawar



Pahit tapi penawar
Mengek menunjukkan akar kayu yang telah dikeringkan.
PENYEDIAAN rumit minuman herba akar kayu apabila perlu direbus bersama bunga cengkih, bawang putih dan halia menjadikan perubatan tradisional itu kurang digemari berbanding perubatan moden.

Warnanya yang kecoklatan seperti air teh O, membuatkan ramai menyangka rasanya pahit hingga menolak mengamalkan minuman air rebusan akar kayu yang terkenal ketika zaman nenek moyang.

Meskipun khasiatnya belum pernah mendapat pengiktirafan mana-mana badan kesihatan dunia, air rebusan akar kayu atau lebih terkenal dengan panggilan ubat periuk mempunyai khasiat tersendiri.

Pengamal minuman herba itu mengakui jarang menghidap penyakit kronik, malah dipercayai memberi kesan awet muda dan bagi kaum wanita akan mudah mengandung.

Pencari akar kayu, Mengek Achai, 54, berkata, air rebusan akar kayu yang dibuatnya adalah berbeza untuk wanita dan lelaki.

“Bagi lelaki terdapat 12 jenis akar kayu yang digunakan sebagai ramuan utama iaitu Tongkat Ali, pokok penyancang, kayu bangas (bagas putih, merah, deli dan padi), akar penegap, akar dawai, akar sembelit, akar tengkuk biawak, ubi jaga, daun payung ali, akar sirih hutan,
akar buang angin dan rotan tikus.

“Untuk perempuan pula hanya menggunakan lapan jenis akar kayu iaitu Kacip Fatimah, pokok pengecut, pokok pernas, akar serapat, akar sembelit, akar tengkuk biawak, kayu bangas dan Tongkat Ali,” katanya.

Bagaimanapun, Mengek yang juga Tok Batin Masyarakat Orang Asli Kampung Air Tawas, Gunung Ledang, Tangkak, berkata, Tongkat Ali digunakan sebagai ramuan ubat bagi wanita kerana fungsinya lebih kepada pemulihan tenaga.

Tambahnya, herba akar kayu untuk lelaki mempunyai khasiat bersifat umum yang sesuai digunakan semua peringkat usia dan jantina, namun ubat akar kayu bagi wanita khas buat golongan itu kerana mengandungi Kacip Fatimah dan pokok pengecut.

“Setiap jenis akar kayu atau tumbuhan herba boleh merawat penyakit tertentu. Sebagai contoh, akar tengkuk biawak berfungsi membersihkan darah, akar sembelit untuk merawat sakit pinggang (buang angin dalam badan).

“Antara fungsi lain ialah melancarkan peredaran darah dan memulihkan tenaga,” katanya.

Tidak tolak perubatan moden

Mengek berkata, penyediaan air akar kayu mudah dan ubat dihasilkan berasa tawar tetapi beraroma akar kayu.

"Sejemput akar kayu itu boleh  direbus tiga kali. Digalakkan minum air rebusan setiap hari untuk mendapatkan kesan lebih baik dan tiada had jumlah minuman yang ditetapkan serta boleh diminum pada bila-bila masa.

“Cuma dalam tempoh dua jam selepas minum air akar kayu ini, elak minum air kelapa, teh dan air batu kerana boleh menjejaskan khasiatnya,” katanya.

Menurutnya, bagi wanita yang mempunyai masalah dalaman seperti senggugut yang menjadi penyebab sukar mengandung, boleh dirawat menggunakan akar pokok perenas dan akar senggugut.

“Salah seorang daripada enam anak saya turut mengalami masalah ini (sukar mengandung) dan bila mengamalkan kaedah perubatan ini ternyata berkesan dan sudah ada cahaya mata," katanya.

Tambahnya, akar kayu umpama makanan tambahan yang bersifat penawar kepada masyarakat Orang Asli dan masih diamalkan sehingga hari ini.

Katanya lagi, minuman itu akan diminum seawal usia lima tahun dan dia percaya sebab itu mereka jarang menghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, dan gout.

“Namun begitu, kami tak pernah menolak perubatan moden dan tetap mendapatkan khidmat doktor jika menghidapi penyakit serius.

“Tidak semua penyakit boleh dirawat secara tradisional, tetapi ia boleh dijadikan sebagai langkah pencegahan elak penyakit memudaratkan,” katanya.

Bukan ceroboh hutan

Berkongsi sejarah pembabitannya dalam bidang itu, Mengek berkata, dia mengikut mendiang ibunya mencari akar kayu di sekitar lereng kaki Gunung Ledang seawal usia 10 tahun.

Katanya, lima tahun dia belajar mengenali jenis pokok dan akar kayu yang boleh dijadikan ubat-ubatan.

“Sehingga kini saya masih meneruskan pekerjaan tradisi mendiang ibu dan ditemani isteri (Edah Kandong, 52) setiap kali masuk hutan.

“Mencari akar kayu bukan tugas mudah, selain perlu berjalan kaki sampai 40 kilometer kira-kira lapan jam, saya juga berhadapan risiko jumpa binatang buas seperti harimau belang,” katanya.

Menurutnya lagi, mencari akar kayu merupakan punca pendapatan masyarakat Orang Asli Kampung Air Tawas sejak berpuluh tahun dahulu namun, ada pihak mendakwa mereka menceroboh kawasan Gunung Ledang.

"Sebenarnya, mana-mana akar kayu, pokok atau daun yang kami ambil untuk tujuan perubatan akan tumbuh baru kerana ia merupakan sifat semula jadi tumbuh-tumbuhan.

“Saya masuk ke dalam hutan apabila bekalan berkurangan selain permintaan pelanggan yang bukan sahaja masyarakat Orang Asli tetapi juga orang Melayu, cuma bilangannya tak ramai,” katanya.

Jelasnya, waktu paling sesuai mencari akar kayu ialah ketika musim panas kerana baik untuk proses pengeringan.

"Jika musim hujan, akar kayu lembap serta mudah rosak akibat kulat," katanya.

Mengek berkata, generasi baharu perlu mengenali atau berjinak-jinak untuk mengamalkan perubatan tradisional berbanding kaedah moden yang memberi kesan sampingan dalam jangka panjang.

1 comment:

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: