- Notis pemberitahuan stok RON95 habis buat sementara waktu diletakkan di nozel pam minyak untuk makluman pengguna.
Pekerja swasta, Siti Hawa Abdul Rahman, 29, berkata, RON95 yang kehabisan di beberapa stesen minyak di pusat bandar daerah ini mengejutkannya kerana tidak pernah mengalami situasi berkenaan.
“Pada mulanya saya pergi ke stesen minyak di kawasan sempadan Terengganu-Pahang di Chendor, tapi saya terkejut apabila lihat kenderaan beratur panjang kerana sebahagian daripada pam RON95 di stesen minyak itu sudah kehabisan minyak dan ditampal notis pada pam berkenaan.
“Sebab tak mahu tunggu terlalu lama, saya berpatah balik ke bandar Chukai dan sejurus sampai di sebuah stesen minyak di situ saya terkejut kerana pada nozel pam RON95 semua diletakkan notis stok RON95 habis buat sementara,” katanya.
Menurutnya, ekoran terdesak dia terpaksa mengisi minyak RON97 yang harga semasanya RM2.90 seliter berbanding RON95 yang berharga RM2.10 untuk setiap liter.
“Dalam keadaan kos sara hidup yang makin tinggi apatah lagi di Kemaman yang memang terkenal dengan harga barang makanan yang mahal, saya terpaksa berjimat dengan isi minyak guna RON95.
“Tapi apabila berdepan dengan situasi seketika ini, nak tak nak kena isi juga minyak RON97. Biarpun beza harga kedua-duanya tak sampai RM1 dan minyak RON97 dikatakan lebih berkualiti, tapi ia tetap beri kesan kepada perbelanjaan harian,” katanya.
Sementara itu, remaja dari Kampung Semayor, Kemasik, Muhammad Muizzuddin Che Alias, 18, berkata, dia turut terperanjat apabila beberapa stesen minyak di bandar Chukai yang dikunjunginya kehabisan RON95.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: