
SEBAHAGIAN daripada 3,500 nelayan
tempatan berkumpul untuk mendesak pihak berkuasa memantau perairan
negara daripada diceroboh lanun Vietnam di Jeti Tanjung Lumpur, Kuantan
semalam.
KUANTAN – Sekumpulan lanun Vietnam yang menaiki 26 buah bot berlagak ala samseng apabila mengacukan pistol ketika cuba merempuh bot nelayan tempatan sebelum melarikan pukat yang mengandungi hasil tangkapan bernilai ribuan ringgit semalam.
Kejadian di 44 batu nautika dari Tanjung Api di sini pada pukul 10 pagi itu menyebabkan lebih 3,500 nelayan kini risau untuk turun ke laut kerana bimbang keselamatan diri mereka terancam.
Lebih mengecewakan mereka apabila Maritim Malaysia (APMM) didakwa lambat bertindak dan tidak bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan melalui radio.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: