ALOR SETAR - Gerak-geri mencurigakan seorang lelaki di sebuah bank di
Jalan Gangsa, dekat sini, membawa kepada penemuan sepucuk pistol mainan
selepas ditahan pengawal bank berkenaan, semalam
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, lelaki dalam lingkungan umur awal 40-an itu berada dalam premis bank berkenaan sebelum melarikan diri apabila ditegur oleh pengawal keselamatan.
Bagaimanapun, pengawal keselamatan itu berjaya menangkapnya kira-kira 50 meter dari bank tersebut dan selepas diperiksa beg dibawa lelaki itu mengandungi sepucuk pistol mainan.
Difahamkan, sebuah kereta MPV polis yang kebetulan melalui jalan berkenaan menahan lelaki itu untuk tindakan lanjut.
Pekerja am di bank tersebut, Yom Jusuh, 55, berkata, dia menyedari lelaki berusia 30-an itu telah beberapa hari datang ke bank tersebut tanpa membuat apa-apa urusan di situ.
“Sudah dua tiga hari lelaki itu datang ke sini (bank) dalam jam 11.45 tengah hari. Dia hanya minum dan memerhati keadaan sekeliling.
“Hari ini dia datang lagi dan sebaik ditegur oleh seorang pengawal keselamatan dia nampak gelisah dan terus keluar melarikan diri sebelum berjaya ditahan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner, Mohd Nashir Ya berkata, selain pistol mainan, lelaki berkenaan juga memiliki sebilah pisau.
“Kita tidak mengklasifikasikan kes ini sebagai cubaan merompak bank, tetapi suspek ditahan kerana mencurigakan dan apabila diperiksa mendapati memiliki pistol palsu dan sebilah pisau.
“Kita juga merampas sebuah motosikal yang digunakan suspek dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Nashir berkata, kes disiasat bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 7 (1) akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: