Tuesday, September 3, 2013

Atasi rambut gugur


DAISUKE (kanan) berpendapat menukar syampu secara kerap tidak membantu masalah keguguran rambut.


KEGUGURAN rambut menjadi masalah utama yang dialami oleh sebilangan orang dewasa hingga mengakibatkan mereka hilang keyakinan diri apabila berhadapan masyarakat.
Peningkatan usia dan perubahan hormon merupakan antara faktor yang menyebabkan helaian rambut rapuh dan hilang daya tahan. Jika dilihat, golongan lelaki mengalami masalah keguguran rambut lebih awal berbanding wanita.
Disebabkan itu, langkah pencegahan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah tersebut menjadi mimpi ngeri. Menurut Pengurus Pemasaran Rantau ASEAN Menard, Catherine Lim, rawatan penjagaan rambut sebaik-baiknya dilakukan oleh lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dan wanita dalam peringkat umur 30-an.
"Rawatan tersebut merangkumi pemeriksaan kesihatan kulit kepala dan rambut. Kita sering mengambil remeh perkara tersebut dan tidak membuat penjagaan yang rapi," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran jenama penjagaan rambut dari Jepun itu di sini baru-baru ini.
Kajian yang dilakukan oleh Menard mendapati sel-sel rambut terhasil di bahagian atas folikel yang juga merupakan mekanisme penting pertumbuhan setiap helaian rambut.
Disebabkan itu, bagi mengekalkan rambut tumbuh secara konsisten, tebal dan kuat, mereka yang mengalami masalah keguguran rambut perlu meningkatkan jumlah pertumbuhan sel-sel rambut.
Melalui penyelidikan makmal, Lim berkata, Menard menemui kebaikan ekstrak tumbuhan Great Mullein (Verbascum thapsus) yang membantu dalam meningkat sel-sel rambut manakala ekstrak daun lokuat (Eriobotrya japonica) berkeupayaan melancarkan peredaran darah ke kulit kepala.
"Kedua-dua bahan itu menghasilkan dua produk iaitu Syampu Yakuyou Menard dan tonik pertumbuhan rambut, Menard Yakuyou Ikumoueki Z, yang hanya boleh didapati di beberapa salun rambut terpilih," ujarnya.

SYAMPU Yakuyou Menard dan tonik pertumbuhan rambut Menard Yakuyou Ikumoueki Z ini boleh didapati di beberapa salun terpilih.


Perbezaan
Pemilik Daisuke Salon De Coiffure, Daisuke Suzuki berkata, syampu baharu itu mampu membersihkan lebihan sebum yang terhasil daripada pori-pori rambut.
"Ia dapat mengelakkan berlakunya masalah kelemumur dan kegatalan yang merupakan simptom-simptom awal keguguran rambut. Syampu tersebut mengekalkan jumlah helaian rambut tanpa meninggalkan kesan berminyak," ujarnya.
Tambahnya, menukar produk penjagaan secara kerap tidak membantu masalah keguguran, malah menjadikan situasi bertambah teruk.
"Saya menasihatkan orang ramai supaya menggunakan produk sama untuk satu tempoh masa bagi melihat hasilnya. Untuk produk seperti Syampu Yakuyou, pengguna akan mula merasai perbezaan selepas menghabiskan satu botol yang mengambil masa sekurang-kurangnya dua bulan," kongsi Daisuke.
Selepas proses pembersihan menggunakan syampu tersebut, tonik Menard Yakuyou Ikumoueki Z disapukan pada kulit kepala bagi mengembalikan pertumbuhan, menjadikan rambuat kuat dan tidak mudah putus.
Cara penggunaan adalah mudah iaitu meletakkan beberapa titisan tidak melebihi 1.5 milimeter terus ke kulit kepala secara konsisten pada waktu pagi dan malam. Fokuskan pada bahagian yang mengalami keguguran dan lakukan urutan supaya mempercepatkan penyerapan tonik tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: