TIADA yang boleh menandingi masakan ibu di rumah yang lazimnya dinikmati bersama seisi keluarga.
Bagaimanapun kehidupan yang sentiasa sibuk mengejar masa membuatkan kini ramai yang memilih cara mudah sama ada makan di luar, membungkus atau memesan makanan segera yang dihantar ke pintu rumah.
Sebenarnya memasak di rumah tidak semestinya menjadi satu rutin yang membebankan.
Sebaliknya memasak boleh menjadi aktiviti sekeluarga yang menyeronokkan bagi sekeluarga di mana ibu bapa menurunkan kemahiran-kemahiran memasak kepada anak-anak sambil mendidik mereka mengenai nutrisi yang betul, pemakanan yang seimbang dan makanan yang lebih sihat.
Falsafah sama cuba diterjemahkan melalui Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah Maggi, melalui sokongan Kementerian Pelajaran.
Pertandingan yang diperkenalkan sejak 1997 ini dengan harapan dapat memupuk minat dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk memasak.
Sementara itu, pertandingan tahun ini bermula di peringkat daerah dan negeri di mana mereka menyediakan hidangan-hidangan yang sihat berdasarkan tema ‘Majlis Hari Jadi’.
Ini diikuti Cabaran Chef Kreatif Muda Maggi pada peringkat seterusnya, dengan menggunakan ramuan-ramuan yang dibekalkan oleh jenama tersebut sepanjang perjalanan acara tersebut.
Lebih daripada 1,600 ‘chef’ berumur antara 13 hingga 15 tahun dari seluruh negara akan diuji kemahiran memasak mereka sepanjang pertandingan tersebut.
Mereka akan berusaha untuk memperoleh pungutan mata antara lain dari segi rasa, kemahiran memasak, daya kreatif, pilihan makanan dan nilai nutrisi.
Peserta-peserta yang dinobat sebagai juara negeri akan berentap di peringkat akhir yang akan berlangsung pada 20 Oktober di Hotel Merdeka Palace Kuching, Sarawak.
Pengarah Eksekutif Perniagaan, Makanan Malaysia dan Singapura Nestle Products Sdn. Bhd., Rosalyn Simba, berkata, memasak merupakan suatu pengalaman pembelajaran yang memberikan pengetahuan dan kemahiran yang akan kekal sepanjang hayat.
Katanya, golongan muda boleh mempelajari kemahiran bersosial, gaya penyediaan dan pemasakan, serta mengenali budaya melalui memasak.
“Mereka belajar menyukat, menyelesaikan masalah, menambah-baik, dan bekerjasama dengan peserta-peserta yang lain semasa menyediakan hidangan dan tiada apa-apa yang setanding dengan kepuasan diri yang dicapai apabila dapat meneliti suatu hidangan dari mula hingga siap penyediaannya," katanya .
Menurut Simba lagi, golongan muda juga boleh memahami lebih mengenai nutrisi dengan meneliti bahan-bahan dalam sesuatu resipi yang sekali gus membantu mereka mempelajari lebih mengenai makanan yang dimakan.
“Kami percaya bahawa memasak di rumah membantu dalam menyatukan keluarga dan komuniti dan dengan itu ingin menyarankan golongan muda supaya memupuk dan mengalami kegembiraan memasak," tambah beliau.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah Menengah Maggi, sila layari www.maggi.com.my atau www.facebook.com/MaggiMalaysia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: