FESYEN kurung tradisional tidak akan luput dek zaman. Oleh itu, walaupun bermacam fesyen baru bersilih ganti namun fesyen kurung tradisional tetap mempunyai peminat tersendiri.
Ini kerana keistimewaan fesyen kurung tradisional itu sendiri yang memiliki keistimewaan kerana fesyen tersebut mencerminkan nilai bangsa itu sendiri.
Mengakui keindahan dan keistimewaan kurung tradisional, Butik I Nee masih mengekalkan koleksinya dengan mengenengahkan baju kurung yang bukan sahaja menjadi pilihan kaum Melayu malam kaum lain juga.
Pun begitu, Kurung Riau dan Kurung Pahang tetap dikekalkan sejak beberapa tahun lalu. Cuma pada setiap kali melahirkan koleksi terbaru, pilihan fabrik berbeza mengikut minat semasa. Di antara fabrik yang menjadi pilihan ialah songket, sifon, kasa rubia, sutera Thai dan sutera Shantung.
Fabrik mewah dan indah ini apabila ditambah dengan hiasan seperti manik berkualiti, mutiara, batu-batu separa harga dan labuci bersaiz besar menjadikan rekaan tampil eksklusif dan elegan.
Tidak hairan kurung tradisional yang eksklusif ini menjadi pilihan wanita yang mahu menghadiri acara rasmi seperti majlis istana, perkahwinan di hotel lima bintang atau dipakai sendiri oleh wanita untuk majlis pertunangannya.
Rekaan baju yang mempunyai potongan bagi si pemakai yang menampilkan kelangsingan atau menyembunyikan bentuk badan yang berisi serta labuh baju hingga ke bawah lutut merupakan kelainan pada rekaan butik ini.
Lebih banyak koleksi terbaru dijangka muncul bagi memenuhi kehendak pelanggan menjelang musim perayaan tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: