Monday, June 4, 2012

Jelita tanpa secalit alat solek

BERI TABIK HORMAT...AnnaLynne melawat pangkalan tentera udara di Palmachim, Israel.
BERI TABIK HORMAT...AnnaLynne melawat pangkalan tentera udara di Palmachim, Israel.

BARU-BARU ini dia telah memberi khidmat paling berjasa kepada semua wanita di merata dunia, dengan keluar rumah tanpa secalit alat solek, dan nampaknya AnnaLynne mahu mahu mengekalkan begitu.

Bintang berusia 24 tahun itu berdiri dan memberi tabik hormat ketika dia melawat pangkalan tentera udara di Plamachim, Israel, baru-baru ini.

  • Foto

    SERIUS...bintang berusia 24 tahun itu berbual dengan tentera.

  • Foto

    BUKAN PEJUANG...bintang 90210 kelihatan tidak selesa duduk di dalam pesawat pejuang.

Bintang 90210 langsung tidak menggunakan celak, gincu dan bedak asas yang biasanya digunakan, dan membiarkan rambut emasnya keriting asli.

Dia mengenakan baju berkolar V dengan hiasan berwarna emas yang sepadan dengan topinya ketika menghabiskan kasa sehari melawat Tel Aviv.


Wanita yang semula jadi jelita ini, menghabiskan masa seminggu di Timur Tengah sebagai tetamu America’s Voices di Israel.


Selebriti lain seperti Omar Epps, Mekhi Phifer, Holly Robinson Peete dan bintang Vampire Diaries, Zach Roerig, turut bersama-sama AnnaLynne mempromosikan negara itu.

Bintang yang berani memuatkan gambarnya terbarunya tanpa bermekap di Twitter baru-baru ini, memulakan perjalanannya dengan berjalan-jalan di bandar.

Dia kemudian melawat Pusat Nalaga’at, iaitu sebuah teater untuk pelakon pekak dan buta.

Bintang itu kemudian menulis di laman Twitternya untuk bercerita mengenai percutiannya.

Isnin lalu dia menulis, “Hari pertama di Israel. Melawat Teater Nalaga’at untuk pelakon pekak dan buta. Saya terharu.”

Dia kemudian melawat pangkalan tentera udara bersama Roerig dan Phifer, semalam.

AnnaLynne dilihat berbual bersama beberapa anggota tentera dan duduk di dalam pesawat penyerang.

Bintang 8 Mile yang berusia 37 tahun, Phifer, turut menulis di laman Twitter bercerita mengenai pengalamannya: “Saya di sini, sedang seronok di Israel.

Bekerja tetapi seronok dengan pengalaman. Di sini sangat cantik.. Saya mungkin dibaptiskan di Laut Mati.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: