Thursday, June 14, 2012

Gambaran kuasa wanita

SENTUHAN...pendandan Winnie dan Faevien memberi sentuhan terkini kepada empat model.
SENTUHAN...pendandan Winnie dan Faevien memberi sentuhan terkini kepada empat model.

GAYA dandanan rambut mencipta kekaguman tersendiri. Bermula era 20-an sehingga 40-an, kemudian ditambah elemen moden dan fantastik menjelang era millenium menjadikan penghasilan dandanan semakin menyerlah dan sukar digambarkan.

Pendandan pula sentiasa berusaha memerah idea dan kreativiti menjadikan ilham mereka diterima bukan sekadar menghiasi pentas peragaan tetapi pilihan ramai. Sedar atau tidak penonjolan gaya lama terutama pada awal tahun 20-an sehingga 40-an masih berkesan dan berbekas di hati.

  • Foto

    UNIK...rambut beralun diberi sentuhan moden.

  • Foto

    ERA LAMA...gaya sanggul tinggi dengan rambut didandan pada bahagian depan memberi inspirasi pada gaya dandanan moden.

  • Foto

    FUNKY...sentuhan funky menyerlah sesuai untuk wanita yang inginkan gaya bebas.

  • Foto

    MENAWAN...gaya lama terserlah menerusi potongan serta teknik dandanan rambut.

Jika tidak, mana mungkin potongan rambut Marilyn Monroe, Grace Kelly mahupun Elizabeth Taylor masih diingati generasi kini. Malah bukan saja daripada segi dandanan rambut, tetapi penggayaan fesyen dan solekan sentiasa ditiru peminat mereka di seluruh dunia.

Mengambil inspirasi serta pesona bintang tersohor dan tiga legenda dunia ini, pendandan A Cut Above, Winnie Loo dibantu Faevien Yee mencipta potongan rambut ilham daripada filem epik hitam putih serta sejarah pada zaman itu disesuaikan dengan zaman teknologi kini.


Menamakan koleksi dandanan sebagai surrealisme iaitu peralihan masa, menurut Winnie, ia sebagai penghormatan kepada beberapa bintang yang pernah mencetuskan kegilaan ramai pada zaman masing-masing. Koleksi ini memberi gambaran kepada kuasa kewanitaan menerusi dandanan rapi dan coiffed sehingga mencipta raut wajah yang lebih bebas dan mempunyai tenaga tersendiri.


Winnie dan Faevien menggunakan gaya bertocang untuk rambut panjang serta memberi alunan, dandanan dan gulungan yang memberikan nilai tersendiri kepada wanita. Apa yang nyata, setiap potongan mengambil ilham tradisi lama serta diberi sentuhan baru dengan perapian berbeza.

“Gaya diketengahkan ini dulunya menjadi pilihan ramai dalam banyak majlis anugerah terutama anugerah Oscar dan menjadi pilihan selebriti kala berjalan di karpet merah,” kata Winnie.

Bertemakan sentuhan elegan terus kekal di sini, kedua-dua pendandan menjadikan bintang lama sebagai inspirasi yang diubah suai mengikut putaran masa. Ia mengambil sentuhan moden memikat menerusi teknik potongan, alunan dan ikatan rambut. Malah wanita hari ini sentiasa merujuk dandanan terdahulu kerana unik dan mempunyai nilai estetika tersendiri.

Jelas walaupun tampil dengan konsep dan tema moden, gaya klasik masih menjadi panduan dalam menghasilkan rekaan gaya rambut. Ini kerana kreativiti terhasil adalah paduan unsur lama dan moden kemudian diperbaharui bersesuaian dengan zaman.

Kehadiran juru mekap Vickie Lee, Hazel Teo dan Clement dari Akademi A Cut Above yang menggunakan konsep solekan gothic menambahkan unsur sejarah tersendiri. Warna yang tenggelam, rona bibir kemerahan serta elemen rambut memberikan pelengkap kepada inspirasi peralihan zaman yang diciptakan dua pendandan terkenal ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: