PETALING JAYA: Pelakon Nur Anzalna Nasir akan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan kontroversi antara dia dan aktres Neelofa dalam tempoh tujuh hari.
Bagaimanapun, menuruit laporan akhbar Utusan Malaysia pada Khamis, Anzalna berkata dia masih belum menerima sebarang notis tuntutan daripada pihak Neelofa.
Anzalna yang mengakui tidak takut dengan sebarang tindakan yang bakal diambil terhadapnya turut menegaskan dia bersedia unbtuk bersemuka dengan pelakon dan pengacara program Nona itu.
“Benda ini perkara kecil saja. boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman.
“Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali?” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Neelofa pada Rabu memberikan tempoh tujuh hari kepada Anzalna untuk tampil dengan penjelasan dan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya dalam akhbar Berita Minggu bertarikh 10 Jun lalu.
Anzalna berkata, biarpun dia mempunyai bukti bahawa Neelofa memfitnahnya dia enggan memanjangkan perbalahan itu dan sanggup meminta maaf kepada aktres itu.
“Industri ini tidak besar mana pun. Saya tidak kisah untuk bersemuka dengan Lofa, memberi penjelasan dan meminta maaf untuk tidak memanjangkan cerita.
“Saya terima dengan hati terbuka untuk berbincang secara baik,” katanya yang mengakui tidak tertekan dengan kontroversi tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: