Tuesday, April 10, 2012

Sut Granoff untuk Magnum


REKAAN sut Granoff untuk pemenang peraduan Magnum Fashion Royale telah pun dilakar dan ia direka sendiri oleh Mansor.


DENGAN hanya menyertai peraduan Magnum Fashion Royale, orang ramai berpeluang memiliki sepasang sut su misura jenama Granoff.

Su misura merupakan perkatan Itali yang bermaksud dicipta untuk saya, menjadi rebutan peserta peraduan yang berhajat menyarungkan sut berharga lebih RM3,500.

Langkah pertama yang perlu dilakukan mereka yang berminat adalah dengan menekan butang ‘Like’ pada laman sosial Facebook rasmi Magnum.

Pilih untuk bermain Magnum Fashion Royale dan setiap pemain perlu menyelesaikan kesemua cabaran bagi mendapatkan markah tertinggi.

Permainan dalam talian yang dicipta berdasarkan variasi terbaharu aiskrim Magnum, Choco Cappucino itu memberi peluang kepada pemain untuk merasai cita rasa fesyen berkelas tinggi yang dibawa coklat Belgium tersebut.

Menerusi permainan itu, orang ramai perlu memasuki tiga gerobok dan menyudahkan cabaran bertemakan fesyen. Gerobok bonus akan diberikan sekiranya pemain menjemput rakan-rakan bermain bersama menjadikan empat gerobok dalam satu hari.

Bagi merekodkan markah yang diperoleh, pemain perlu mendaftar keterangan diri dan secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk merebut sut Granoff yang dicipta khas untuk bakal pemenang.


SETIAP rekaan Granoff dihasilkan mengikut keinginan pelanggan dan dibantu dengan sentuhan Mansor mengikut kesesuaian.


Sekiranya tidak berpuas hati dengan markah yang dicapai, orang ramai boleh bermain lagi pada hari seterusnya bagi mendapatkan markah yang lebih baik. Peluang memenangi hadiah mewah itu telah bermula sejak 1 April lalu dan akan berakhir pada 30 April depan.

Sementara itu, Pengarah Kreatif Granoff Malaysia, Mansor Tun Abd. Aziz memberitahu, rekaan untuk bakal pemenang telah pun dilakar.

“Hanya seorang sahaja yang akan memenangi sut Granoff ini sama ada lelaki atau perempuan. Pemenang juga tidak perlu gusar jika saiz badan mereka tidak menarik.

“Di Granoff, kami akan pastikan sut yang dihasilkan memenuhi kehendak pelanggan, begitu juga dengan pemenang peraduan itu nanti. Mereka bebas memberikan pandangan tentang sut yang diinginkan dan tugas saya adalah memberikan nasihat dan panduan agar sut yang dicipta benar-benar padan dengan diri mereka.

“Ramai orang beranggapan sut Granoff hanya mampu dimiliki golongan berada sedangkan jika dibandingkan dengan jenama Eropah yang lain, harga kita amat berpatutan.

“Nilai eksklusif juga dijaga dan disebabkan itu, orang ramai jarang mendengar nama Granoff kerana kami amat selektif dalam memilih pihak untuk bekerjasama.

“Kerjasama bersama Wall’s Magnum di bawah Uniliver Malaysia ini adalah yang pertama kali diwujudkan. Aiskrim Magnum melambangkan kemewahan dan ia amat sesuai dengan imej Granoff yang menonjolkan gaya hidup korporat,” jelas Mansor yang telah mengemudi Granoff selama empat tahun.

Selain daripada Granoff, label ternama iaitu Zang Toi dan Eric Choong juga terlibat untuk pusingan kedua peraduan tersebut. Pusingan pertama telah berlangsung sepanjang Mac lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: