Sunday, April 8, 2012

Segar dari Ketuhar PH Pastry House


ALFY Shahren (kiri) dan Chef Noor Hisham Yahaya menunjukkan antara hidangan istimewa yang terdapat di PH Pastry House.


BAYANGKAN anda sedang melayan novel kegemaran anda sambil menghirup kopi panas yang menepati cita-rasa anda di satu sudut yang sunyi dari hiruk-pikuk kota.

Ataupun anda bersama-sama teman baik meluangkan masa bersama di sebuah kafe yang mempunyai hiasan dalaman moden minimalis yang mendamaikan sambil menikmati pelbagai pilihan roti Perancis yang masih panas.

Tenang bukan? Itulah yang akan pelanggan memperolehi daripada PH Pastry House, sebuah kafe yang menyediakan ruang santai untuk pelanggan serta seleksi menu Barat yang menyelerakan terutamanya roti dan manisan.

Siapa sangka di sebalik kesibukan Jalan Imbi, tersergam sebuah kafe berbentuk banglo yang sungguh menenangkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: