Thursday, April 12, 2012

Ribuan remaja 'histeria' kerana One Direction


SEJUMLAH besar peminat terutamanya wanita berhimpun untuk menyaksikan anggota-anggota kumpulan One Direction di sebuah stesen televisyen di Sydney semalam.


SYDNEY - Beribu-ribu remaja perempuan menyerbu studio sebuah stesen televisyen di sini semalam untuk tidak melepaskan peluang melihat anggota kumpulan pop Britain-Ireland, One Direction.

One Direction yang dianggotai oleh lima anak muda berusia antara 18 hingga 21 tahun telah dikerumuni peminat sejak mereka tiba di sini dalam konsert jelajah pertama di Australia.

Bakat kumpulan berkenaan dicungkil menerusi program televisyen Britain, The X Factor.

Ratusan peminat sanggup bermalam dalam cuaca sejuk di plaza Martin Place di sini untuk memastikan mereka berada di barisan hadapan di luar tingkap kaca bangunan stesen televisyen tersebut untuk melihat kehadiran anggota kumpulan One Direction.

Media tempatan melaporkan, beberapa gadis pengsan dan perlu diberikan rawatan kecemasan ekoran amat teruja melihat One Direction ketika kumpulan tersebut tiba di sini baru-baru ini.

"Reaksi peminat amat menakjubkan. Kami seperti tidak percaya mendapat sambutan sebegini hebat," kata seorang anggota kumpulan pop tersebut, Liam Payne.

One Direction dianggotai oleh lima pemuda Britain dan seorang lelaki Ireland.

Album sulung mereka mencatat kejayaan yang belum pernah dicapai oleh kumpulan pop Britain apabila ia mengungguli carta lagu di Amerika Syarikat pada bulan lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: