Thursday, April 19, 2012

Penjahat Geng Buyong terbunuh


ANAK panah menunjukkan lokasi Ahmad Izzudin dan Elezulhelmie terjun dari tingkap bilik hotel sebelum ditembak mati.


KOTA BHARU – Dua daripada 10 penjenayah anggota Geng Buyong yang bersembunyi di hotel bajet Kencana Lodge di Jalan Sri Cemerlang di sini ditembak mati polis kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Elezulhelmie Ilias, 24, yang dikenali sebagai Emi Lias dan rakannya, Ahmad Izzudin Che Deraman, 24, mati ditembak di hotel itu selepas mereka cuba melawan polis dengan melepaskan beberapa das tembakan.

Emi Lias dari Kampung Padang Lati, Bekelam, Bachok mempunyai rekod jenayah pecah rumah.

Rakannya, Ahmad Izzudin dari Jalan Merican dekat sini pula lebih dikenali sebagai Din Billion kerana rumahnya terletak berhampiran pasar raya Billion.

Semasa serbuan, Emi Lias dan Ahmad Izzudin sedang bersembunyi di hotel tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sebelum dua penjahat itu ditembak mati, polis menghantar pasukannya ke hotel itu bagi memeriksa dua lelaki mencurigakan yang berada di sebuah bilik hotel di tingkat dua.

Menurut beliau, anggota polis yang mengetuk pintu bilik hotel itu dan memperkenalkan diri sebagai polis terkejut apabila kedua-dua lelaki yang berada dalam bilik itu bertindak melarikan diri dengan terjun melalui tingkap bilik hotel dari ketinggian empat meter.

“Polis yang mengepung seluruh hotel itu kemudian cuba menahan kedua-dua suspek yang terjun namun salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan.

“Anggota polis terpaksa mempertahankan diri dengan membalas tembakan itu menyebabkan kedua-dua lelaki itu mati di tempat kejadian,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: