Saturday, April 7, 2012

Pemain keyboard jadi pengurus hotel


TUGAS seharian Ahmad Satiman Ismail kini lebih banyak tertumpu menguruskan Bahagian Sumber Manusia Hotel Adamson, Kuala Lumpur.


AHMAD Satiman Ismail mengetengahkan bakatnya dalam bidang muzik tanah air sebagai pemain keyboard dan piano bersama kumpulan rock, The Boys yang banyak mengiringi persembahan dua penyanyi terkenal, Ella dan Shima dari tahun 1983 hingga 1991.

Meskipun telah mula bermain piano pada usia 11 tahun dan kemudian menjadikan bidang muzik sebagai kerjayanya tetapi pemuzik berusia 48 tahun ini tidak menduga dia akhirnya memilih Pengurus Sumber Manusia di Hotel Adamson, Kuala Lumpur sebagai kerjayanya pada hari ini.

Menurut Satiman, sungguhpun jawatan yang disandang sejak Januari lalu itu kerjaya baru buatnya tetapi dia dapat merasakan banyak kelainan dan perubahan dalam hidupnya apabila mencuba sesuatu yang berbeza dengan apa yang telah dilakukannya selama 29 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment