Saturday, April 7, 2012

Menginap di dusun buah




KEDAMAIAN alam sekitar dengan aliran sungai dan dusun buah-buahan pasti membuatkan setiap pengunjung terpukau apabila menjejakkan kaki di Keda Resort Bendang Man, Sik Kedah.

Berlatarkan bukit-bukau menghijau, resort seluas 58 hektar itu menawarkan kepuasan bagi pengunjung yang mahu berehat dan lari daripada hiruk-pikuk serta kesibukan kota.

Landskap resort ini begitu cantik kerana berada di Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik sekali gus mengandungi pakej semula jadi iaitu anak sungai Chepir yang mengalir jernih dan rangkaian jeram mempersonakan.

Ia juga mempunyai kawasan dusun buah-buahan melibatkan tanaman campuran durian, rambutan, dokong dan manggis.

Resort yang merupakan destinasi pelancongan berkonsepkan agrotourism itu turut menawarkan pelbagai kemudahan dan aktiviti pada harga berpatutan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: