Saturday, April 7, 2012

Maradona legenda penuh kontroversi




BIARPUN zamannya sudah lama berlalu dan dia telah merentasi pelbagai era, namun kehebatan Diego Maradona pada zaman bergelar pemain mengekalkan bekas penggempur Argentina ini sebagai legenda.

Usianya sudah mencecah 51 tahun, namun dia masih aktif melibatkan diri dalam sukan yang amat dicintainya itu apabila membimbing kelab Liga Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al Wasl.

Begitupun Maradona tidak dikenang kerana kehebatannya semata-mata, apa yang menjadikan dia begitu popular adalah kisah hidupnya dan kontroversi yang sering menyelubungi.

Dari zaman pemain, hingga bergelar jurulatih dan kemudian bapa, dia terus dihimpit kontrovesi.

Ketika membantu Argentina menjulang Piala Dunia 1986, insiden 'Tangan Tuhan' menghantui kemenangannya selepas dia menolak bola menggunakan tangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: