Sunday, April 8, 2012

Joosaidy pencinta seni


Sebahagian landskap kediamannya berkonsepkan alam semulajadi dan tradisional yang masih belum siap sepenuhnya.


BUDAYA lambang bangsa,” jawapan ringkas Joosaidy tatkala ditanya tentang minatnya terhadap seni teater dan busana tradisional. Bagi pemilik butik Seri Jemari Songket dan pereka fesyen, Joosaidy Johari, 40, seni dan budaya bangsa perlu dipertahankan daripada terus dihakis oleh budaya masyarakat lain yang nyata berbeza, khususnya Barat.

Kerana ingin mempertahankan dan menentukan kesinambungan seni budaya Melayu, anak kelahiran Terengganu ini berusaha mempelajari seni dan budaya tempatan sejak remaja lagi.

Justeru itu, dia membuka sebuah butik yang menggunakan songket dan batik sebagai fabrik utama.

Atas kesedaran itu jugalah Joosaidy menubuhkan Beringin Entertainment untuk mewujudkan peluang kepada kanak-kanak yang berbakat dan mempunyai minat dalam bidang seni persembahan teater.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: